Sabtu, Ogos 30, 2008

Tamak

Penyakit tamak ini ailah suatu sifaf ingin menguasai atau mendapatkan bahagian lebih banyak dari orang lain. Nama yang lain dari sifat tamak ailah loba atau serakah

Pada umumnya, sifat tamak itu berkenaan dengan perkara kepuasan dan kemewahan hidup di dunia. Tamak terhadap harta benda, dengan jalan mengumpulkan harta benda dan kekayaan dengan sebanyak-banyaknya. Tidak peduli apakah dengan cara yang halal mahu pun haram. merampas hak orang lain, merugikan kepentingan umum dan lain-lain sebagainya.
 
Nabi Isa as. pernah mengatakan bahawa tamaknya manusia terhadap harta benda itu tak ubah seperrti orang yang sedang meminum minuman yang memabukkan, semakin di minum semakin berkurang rasanya dan tidak puas-puas. Baharulah mereka akan berhenti minum. kalau sudah mabuk atau tidak sedar diri.

Sejarah telah menunjukkan, bahawa tamak terhadap harta benda atau tamak terhadap kekuasaan itu tidak akan bertahan lama, dan pada tingkat terakhir pasti akan mengalami kejatuhan, sebab tidak sesuai dengan nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan.
 
Islam mengendalikan hawa nafsu terhadap harta benda itu dengan mengadakan batasaan. Iaitu dibolehkan mengejar harta benda, tetapi melalui jalan-jalan yang sah dan halal. Kemudian apabila sudah sampai satu batas jumlah yang tertentu. maka hendaklah dikeluarkan zakatnya, infak, sedekah dan lain-lain.


Harta Yang Berkat
Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi s.a.w lalu diberi oleh baginda. Kemudian dimintanya lagi lalu diberi pula oleh baginda. Kemudian baginda bersabda,:"Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus atau serakah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan harta itu; dia seperti orang makan yang tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah."
 
(Muslim)

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh


Tiada ulasan:

Hatiku...