Selasa, Ogos 19, 2008

Air Sembahyang

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 :
Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2.
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4.
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5.
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 :
Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7.
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8.
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 :
Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri
.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?




(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Tiada ulasan:

Hatiku...