Jumaat, Ogos 15, 2008

Kisah Hotlink dan aku

Hari ni 14hb Ogos 2008 adalah hari yang aku tak leh lupakan...terjadi satu perkara yang tidak diingini oleh semua orang...tapi tak ler teruk sgt cuma pada aku ianya sebagai satu kejutan sikit..

Ceritanya camni...hari ni aku rasa sihat sikit walaupun sebenarnya masih demam. Tapi demi untuk memuaskan hati abang man aku yang tak mengaku anaknya telah mencuri kredit hp mak aku melalui share top up so aku pegi gak maxis untuk minta penyata.

Mulanya pegi kat Malim, tapi katanya kene pegi central so yang berada kat Mahkota Parade. Oklah, dah terlanjur pegi tu aku pun teruskan jelah dengan tujuan asal. Nak g klinik pun terpaksa ditangguh sebab terpaksa g jauh ni...

Dah sampai Mahkota Parade, aku cari so jumpalah. Pegi tanya dia kata kene owner yang datang. Puas dah merayu sambil batuk2 yang tak aku buat2 ni. Tapi langsung tak kesian...hanya owner yang leh dapat maklumat tu. Owner lak abang naz aku...dia klu ikutkan malas nak campur tapi dah daftar atas nama dia aku terpaksa gak mintak tolong dia. Aku call mintak tolong dia dtg untuk dapatkan penyata.

Ok dia kata nak datang. Alhamdulillah. Aku bawa anak2 aku makan kat McD. Pastuh abang naz aku bitau dia mungkin datang lewat so dia nak aku tinggalkan nota supaya dia tahu apa yang perlu dibuat. Ok aku g balik kat Maxis tu untuk tinggalkan nota. So itu dah amik masa gak dlm 1 jam. Ok lagi aku ni penyabar orangnya. Walaupun kata2 dia tu buat aku bengang tapi takpelah...macam bola lak...lak tu aku kene terangkan dgn setiap org yang tanya..klu 10 orang 10 kali aku kene terangkan masalah aku.

Pastuh aku balik lepas tinggal nota. Ok dah bayar parking terus cari kedai tupperware nak tukar barang rosak. Tutup dah kedai tu. Dah kul 6.30pm. Lewatlah kot. Takpelah. Aku plan nak balik dah. Bunyi hp lak. Abang naz yang call. Dia kata dia on d way ke sana. Oklah aku cakap takpe leh tunggu. So aku cari parking dan tunggu dia kat kedai maxis tu lagi. Dengan tebal muka ni..aku tak kisah sbb aku ni mmg jenis tak kisah. Penyabar ler katakan. Belum time aku nak marah lagi.

Pastuh abang naz aku datang so yang dia tahu nak penyata je. Pastuh budak maxis tu cakap kene buat police report untuk dapatkan penyata. Pulak dah...abang aku tu dah ler dari jauh datang pastuh dapat jawapan yang hampeh tu...Aku pun tak sangka yang dia tengah angin...terus dia marah budak tu siap nak pukul lak...aduih...kecoh beb kat kedai maxis tu. Aku pun geram gak sbb takde timbangrasa pun budak tu. Dari awal kata klu owner datang semua yang aku nak leh dapat. Dah datang macam2 alasan lagi dia bagi. Ape hak kitaorg sebagai pengguna. Dilayan cam bola. Ape yang bagus sgt penyata tu sampai tak leh kitorg nak kan 1 salinan. Prosedur pun timbangrasalah sikit sbb kitorg dah susah payah datang ni.

Tapi walaucamnapun aku dapat gak maklumat klu abg naz aku tak datang habuk pun aku tak dapat. Penat je dapat. So mmg sah dan pasti nombor anak buah aku. Itulah satu nombor yang telah share topup dari hp mak aku terus ke hp dia. Aku pun tak tau ler ape jenis budak ler dia ni..dah bukti jelas tapi masih tak ngaku. Dia nak tipu sape lagi sbb dah ada bukti dah ni. Ngaku jelah. Mak aku pun bukan kisah pasal duit topup tu tapi sikap dia yang mencuri dan tak ngaku tu yg buat sakit hati. Jangan sampai dia jadi teruk melarat2 lak nnti dah tangan tu sedap je nak mencuri...

Itulah cerita dari aku..walaupun camtu aku sempat gak amik gambar hehehe...saje je nak ceriakan keadaan masa tunggu abang naz aku datang. So layan jelah...


kat rumah nenek

Aiman Zarfan

kene tembak dgn zikry..zarfan marah betul...

ntah ape lah budak2 ni...

tgh main komputer kat maxis

saje amik gambar

budak2 yang ceria

besar betul gelak si zikry ni..

peace 1 jari

takut nak posing kat ronald mcd

makan ais krim

peace satu jari je

sedaplah tu...

makan kentang je..

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Tiada ulasan:

Hatiku...