Selasa, Ogos 19, 2008

Kelebihan Garam

KELEBIHAN GARAM.

BERSIHKAN PASU HIASAN

- Jika anda mempunyai pasu hiasan yg berbentuk tirus, pasti susah untuk membersihkan bahagian dlmnya. Caranya mudah saja. Ambil beberapa camca garam kasar, dicampur dgn air (anggaran satu mangkuk besar). Kacau hingga garam agak larut & masukkan ke dlm pasu tadi & goncang perlahan2. Buang air tadi & lihat hasilnya.


JARI MENCENGKAM

- Kalau jari kaki atau tangan anda dicengkam, kuku akan terasa bisa. Cuba tepek garam & juga kunyit di bahagian tersebut. Kemudian balut. Esoknya buka & cuci. Ulangi hingga sembuh.


HILANGKAN GETAH BUAH2AN

- Utk hilangkan tompok2 getah buah-buahan atau pokok, tumbuk sedikit garam. Kemudian campurkan dgn sedikit kapur sirih. Lumur pada bahagian pakaian yg bergetah itu. Biarkan ia selama 5 atau 10 minit. Kemudian jirus dgn air suam & cucilah spt biasa.


PUTIHKAN GIGI

- Campur sedikit garam halus pada ubat gigi yg hendak anda gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan putih berseri. Selain itu, ianya juga dpt menghindarkan dpd penyakit gusi & mulut.


TUMIT KAKI PECAH

- Jika tumit kaki pecah, ambil garam halus & campurkan dgn air perahan limau kasturi/nipis. Kemudian sapukan larutan tersebut pada bhg tumit yg pecah. Amalkan selalu.


ELAK POKOK DISERANG SEMUT

- Biasanya pokok bunga & pokok hiasan lain akan menjadi sasaran semut. Cuba taburkan garam disekeliling batangnya. Dgn cara ini dpt menghindarkan dpd serangan semut tersebut.


ELAK TELUR REBUS PECAH

- Sewaktu anda sedang menjerang air rebusan telur, masukkan sedikit garam ke dlmnya. Kemudian masukkan telur berhati2 agar tidak berlaga antara satu sama lain. Insya-allah telur yg sedang direbus tidak mudah pecah.


MENGATASI JARI PECAH

- Untuk mengatasi jari pecah, bancuh sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila ia sebati, sapukan pd bahagian jari yg pecah.


MEMBERSIHKAN BUNGA TIRUAN

- Masukkkan bunga tiruan ke dlm plastik. Masukkan garam secukupnya. Goncangkan dgn kuat. Anda akan dapati warna garam akan berubah & bunga tiruan nampak berseri. Setelah itu, basuh pula dgn air bersih.


MEMATIKAN IKAN KELI

- Caranya mudah, masukkan garam kedlm bekas ikan keli & biarkan selama beberapa minit. Insya-allah ikan keli tersebut akan mati.


KUKU KAKI CANTIK

- Rendam kaki dgn air suam yg bercampur garam. Biarkan kaki kering dgn sendiri dan sapu minyak zaitun.

Selamat Mencuba

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Tiada ulasan:

Hatiku...