Itulah yang aku alami sehari-hari...16hb ogos hari tu patut aku dah balik kampung..tapi disebabkan demam yang semakin tak surut ni aku terpaksa duduk rumah sorang2 sbb suami dan anak2 balik kampung. Bukan aku tak nak pergi tapi kalau pegi pun apa yang aku boleh buat kat sana. Takkan nak baring je sedangkan semua sibuk sbb nak kenduri..nnti ape pulak kata diorg. Lagipun aku kerap ke tandas..disebabkan batuk adakala aku terbuang air kecil tak sengaja, muntah, buang kahak..bukan tahap boleh berjalan dah nak ke tandas...kene berlari..tak larat pun aku terpaksa berlari gak...sampai tersungkur jatuh pun ada tapi dah tak bleh buat ape dah...terpaksa...
So camne klu kat kg dgn org ramai..tandas satu...klu ape2 hal takkan aku nak tunggu kat pintu tandas klu ada org guna..bertaburlah segala-galanya nnti.
Semasa tinggal sorang2 kat rumah..punyelah rindu aku kat anak2..tuhan jelah yang tahu...aku tak pernah pun berpisah dgn diorg...tapi kali ni disebabkan sakit ni aku terpaksa berpisah. Walaupun sehari tapi aku rasa macam bertahun. Lagi sakit sbb aku asyik nangis je bila teringatkan budak2 ni. Rumah sunyi..takde suara gelak tawa, nangis..jerit...semua takde...aku keseorangan...aku tak sanggup hadapi hari2 ini lebih lama...cepatlah diorg balik...supaya hilang sikit rasa rindu aku ni...sakit yang bertambah2 dgn rindu yang makin membara...bila diorg balik baru aku rasa sihat sikit walaupun hakikatnya masih sakit...
Sampai saat aku menulis ni pun masih tergigil-gigil. Apa nak jadi pun aku tak tau...sampai bila penderitaan ini akan berakhir..aku dah tak sanggup lagi menanggung...
15hb Ogos hari tu aku pergi klinik sbb dah tak tahan sgt sbb takde ubat lagi dah utk aku bergantung...doktor bagi aku antibiotik yang paling kuat..doktor kata mungkin paru2 aku terkena jangkitan kuman..so lepas habis ubat ni kalau masih tak baik juga sakit aku dia akan x-ray...oklah aku dah tak kisah asalkan elok. Esok akan habis ubat yg aku makan ni...so lusa hari rabu nanti aku akan ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan lanjutan...harap2 tak lah sampai masuk hospital sbb anak2 aku sape nak jaga..suami pulak akan ke Indonesia 19hb ni...pulak tu sampai 10hari lak tu...lama sgt...
Harap2 takpe ape2 yang buruk berlaku pada aku...jgnlah sampai melarat ke penyakit yang lain2 yg serius...jgnlah ya allah...bantulah hamba mu ini... kesian kat anak2 aku yang akan terbiar je nanti...berikanlah aku kekuatan untuk lawan penyakit yang tiada kesudahan ni...dah banyak ubat dah aku makan...ubat batuk tu aku makan macam minum air je...sampai tekak ni dah takde rasa dah...nak rasa lauk yg aku masak pun tak boleh sbb hanya rasa payau je...masam ke, manis ke, masin ke..semua dah hilang...
Ya Allah baikkanlah penyakit hambamu ini...cukup cukuplah dugaan yg kau beri ini...aku tahu aku banyak dosa dgn mu...ampunkanlah aku...kalau ada dosa aku dengan org yang aku kenal...maafkanlah aku...tolonglah sbb aku dah tak larat lagi menanggung seksa begini...
TOLONGLAH MAAFKAN AKU SEKIRANYA ADA DOSA YANG TIDAK AKU KETAHUI YANG TELAH AKU LAKUKAN..MAAFKAN AKU...
(¯`v´¯) `*.¸.*´ *hUgGiEsS* ¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) (¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh | |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan