Sabtu, Ogos 30, 2008

Sumpah & Nazar

SUMPAH DAN NAZAR

Menurut fiqh Islam, istilah aiman atau yamin digunakan dalam masalah sumpah atau ikrar (janji).  Hukum sumpah adalah sama sebagaimana hukum bernazar. Sumpah atau ikrar wajib dinyatakan nama Allah atau salah satudaripada 99 namaNya ataupun degan sifat-sifat kebesaran Allah Taala. Dalam sebuah hadith dinyatakan daripada  Ibn Umar radhiya Allahu anhuma; Rasulullah pernah terdengar Umar al-Khattab bersumpah dengan nama bapanya, lalu beliau berkata kepada Umar.

"Bukankah Allah Taala telah menegahkan kamu semua bersumpah dengan namaibu bapa kamu? Sesiapa yang bersumpah maka hendaklah (wajib) dia bersumpah dengan nama Allah (atau sifat-sifatNya) atau dia berdiam diri sahaja.


Hadith Muttafaqun alaihi. Hadith ini dinyatakan juga di dalam kitab Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, jilid. 4.  hlm.155-156.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal(Hambali) dinyatakan bahawa seseorang yang bersumpah selain dengan nama Allah atau sifat-sifat kebesaranNya adalah termasuk dalam perkara syirik terhadap Allah serta terbatal akidahnya dan perlu bertaubat dan mengucap " La Ilah illa Allah".

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-ImamAhmad bin Hanbal, "Suatu sumpah adalah bergantung kepada niat individu yang melakukan sumpah".  Sehubungan ini juga sumpah terbahagi kepada 3 katogari, iaitu;         

1)        Yamin Laghwi (Sumpah  Laghwi)-ia merupakan lafaz kebiasaan dalam masyarakat Arab seperti " Demi Allah Ya dan Demi Allah tidak……..".dan masa yang sama ia (lafaz dalam keadaan tergantung. Lafaz sumpah ini tidak  wajibkan kaffarah (denda).

2)        Yamin Mun'aqidah – lafaz  oleh seseorang individu sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya. Hukum sumpah ini wajib dengan kaffarah apabila individu yang bersumpah  menyalahi apa yang diniatkan.

3)        Yamin Ghamus  (sumpah bertujuan menipu, khianat  yang bercanggah dengan syarak seperti bersumpah untuk menghancurkan gerakan Islam). Ia termasuk dalam dosa besar.  Oleh yang demikian ramai di kalangan ulamak Islam mengatakan sumpah ghamus tidak boleh ditebus dengan kaffarah (denda). Namun dalam masalah ini, al-Imam al-Syafie tetap berpendapat bahawa sumpah ghamus termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan kaffarah(denda)

Begitu juga  dalam masalah nazar. Individu yang bernazar untuk melakukan maksiat terhadap Allah seperti bernazar untuk meninggalkan solat fardu dan puasa ramadhan dengan sengaja, meminum arak atau bernazar untuk memusnahkan gerakan Islam, maka nazar tersebut hukumnya tidak sah (terbatal) disisi syarak sama ada dengan cara mengambil upah ataupun tidak mengambil upah . Menurut Jumhur Ulamak mazhab Syafie dan Malikiwalaupun nazar yang menyalahi syarak terbatal dan tidak sah disisi syarak namun ia tetap diwajib kaffarah sama ada dengan cara individu tersebut mengambil upah untuk melakukannya  ataupun  tidak mengambil upah .

Sesiapa yang bersumpah atau bernazar  untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan suatu perkara yang tidak bercanggah dengan hukum syarak maka dia perlu menunaikan salah satu daripada kaffarah yang di wajibkan ke atasnya. Kaffarah bermaksud  denda  yang perlu dipilih dan dilaksanakan salah satu sahaja daripada yang berikut, iaitu;

1)             Memberi makan kepada  10 orang miskin dengan makanan yang biasa dimakan oleh ahli keluarganya sebanyak 600 gram bagi setiap seorang  ( Mengikut mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali).

2)             Atau memberi pakaian yang menutup aurat  kepada 10 orang miskin (setiap seorang satu pakaian). Menurut al-Imam Malik dan al-Imam Ahmad, pakaian tersebut memadai bagi orang miskin dapat menunaikan solat dengannya. Bagi mazhab Hanafi, kaffarah dalam bentuk nilai mata wang mengikut kadar nilai makanan atau pakaian adalah diharuskan dan harus diberikan kepada hamba bukan muslim4.

3)            Memerdekakan seorang hamba- sama ada hamba  tersebut lelaki atau perempuan. Malah bagi al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-Tsauri dan Ibn Munzir mengharuskan memerdekakan hamba bukan Islam (kafir). Namun bagi sebahagian ulamak, hamba yang boleh dijadikan kaffarah ialah hamba perempuan sebagai mana dalam masalah kaffarah zihar.

4)             Berpuasa selama tiga hari

Bersumpah atau bernazar dengan selain dengan salah satu daripada nama-nama Allah atau sifat-sifat kebesaranNya adalah syirik. Manakala bersumpah dengan salah  daripada nama-nama Allah atau sifat-sifat kebesaranNya dengan tujuan khianat sama ada dengan cara mengambil upah atau sebaliknya seperti berniat untuk mengalah atau menghancurkan Gerakan Islam adalah tidak sah (terbatal) serta  tidak perlu ditunaikan. Malah sumpah dan nazar sebegini termasuk dalam rumpunan dosa-dosa besar.


(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Tiada ulasan:

Hatiku...