Selasa, Ogos 19, 2008

Cara Orang Mukmin Gembira

Janganlah ketawa terbahak-bahak atau
berdekah-dekah ia boleh melalaikan hati,
Hati yang lalai akan menjadi keras,
Hati yang keras payah menerima kebenaran,
Janganlah terlalu suka, kematian bila-bila boleh tiba,
Orang mukmin selalu sahaja dukacita,
Kerana mengenang dosanya, mengenang kelemahannya,
mengenang kelalaiannya,
Orang mukmin merasakan kematiannya di depan mata,bila-bila masa,
Orang mukmin kakinya di dunia,hatinya di Akhirat sana,
Dia tidak tahu nasibnya,kerana itulah hatinya gundah gulana,
Orang mukmin sukanya ialah bersyukur, dapat membuat baik,
dapat menolong manusia,
Dia sentiasa tenang, tidak gopoh, berhati-hati,
berdisiplin hidupnya,
Dapat nikmat terasa malu dengan Tuhannya,
kedatangan bala sabar menerimanya,ketentuan Tuhan dia redha,
Simpati dengan fakir miskin,
belas kasihan dengan anak-anak yatim dan janda-janda,
Hatinya dengan Tuhan badannya dengan manusia,
Sentiasa rasa berdosa, rasa hina,rasa lemah, rasa tidak berguna,
Ibadahnya sangat dijaga,istiqamah mengerjakannya,
Ibadah jadi budaya,sangat menghayatinya,
Kesan ibadahnya dapat dilihat pada akhlak mulianya.

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Tiada ulasan:

Hatiku...