Selasa, Ogos 19, 2008

Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN
Pernah orang bertanya Ibrahim At’ham ( seorang Ahli Tasauf yang Masyhur ), mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah, pada hal mereka selalu berdoa.
Jawapan beliau adalah seperti berikut :-
  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan Haknya.
  2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan Sunnahnya.
  3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak berAmal dengannya.
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi, kamu tidak tunaikan Syukurnya.
  5. Kamu telah berkata Syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya. \
  6. Kamu telah berkata bahawa Syurga itu benar, tetapi kamu tidak Beramal Untuknya.
  7. Kamu telah berkata bahawa Neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk mengelaknya.
  8. Kamu telah berkata bahawa Mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia ubtuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu Kuburkan Mayat, tetapi kamu tidak mengambil Iktibar daripada mereka.
SYARAT-SYARAT DOA SUPAYA DIMAKBULKAN
  1. Berdoa didalam keadaan suci daripada Hadas dan Najis.
  2. Memohon perkara perkara kebajikan
  3. Disertai oleh rasa penyesalan diatas Dosa2 yang lalu
  4. Pada waktu-waktu tertentu seperti lepas sembahyang Fardhu, wahtu tengah Malam atau Hari Jumaat ( paling baik berdoa antara dua Khutbah )
  5. Dengan Khusyuk elok sangka dengan Allah
  6. Hidup dengan makanan yang Halal
  7. Tiada meminta perkara maksiat
  8. Menyeru nama Allah yang munasabah dengan hajat yang diminta
  9. Mengkasa dengan mengulang-ulang permohonan itu.
Waulahu’alam…….

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Tiada ulasan:

Hatiku...