Sabtu, Februari 28, 2009

Cerita Hari Jumaat

Hari ni aku rancang nak g beli radio yg ada cd utk mak supaya dia leh dengar ayat penenang jiwa yg dah dibeli hari tu..

So aku plan Tesco je pasal kat situ rasa cam murah sikit berbanding Jaya Jusco..pasal apa tau hanya 2 tempat je aku survey hehehe pasal 2 tempat ni je yg ada kad yg leh kumpul point hehe..

Sebelum pegi tu aku makan tengahari kat luar pasal malas nak masak hehe. Bukan ape..kalau masak mesti lepas makan nak lepak2 pastu mesti lagi lewat nak gerak pasal aku nak kene kemas itu ini dan memacam lagi..

So kononnye nak ler rasa makan kat Taman Mini Malaysia tu..walaupun jauh tp nak jugak rasa..katanye situ mee hailam sedap.

Bila sampai sana..org ramai kat kedai belah kanan..yg kat kiri tu takde org langsung melainkan pekerja je. So bila pk kat kedai yg ramai tu mesti lambat dia nak masak pasal ramai org so aku pun pegilah kedai yg kiri tu.

Dah order..aku tunggulah..dah 15minit..baru dapat order aku..punyelah aku melangok lama..masa tu barulah rasa menyesal..patutlah kedai dia takde org..

Dah dapat tu makanlah..alamakhai..kalau dah lama tunggu ni kalau sedap terubat jugak jiwa tp tak memuaskan hati pun..tak habis kat situ je..

Bila tengah makan dia hantar kertas kecil bagi harga makanan yg aku pesan tu..RM17.3

Uih..awat mahal sgt nie..aku risau dia salah anggap pasal aku mintak pinggan dan gelas kosong utk dibahagi 2. Aku kuarkan hp konon cam sms ler..tp aku guna calculator kira harga hehe..

Aku makan kue tiau hailam satu RM4.00 so 2 RM8.00 (pdhal dlm tu hanya ayam utk rencah je..kalau seketul puas hati)
Nasi goreng cina utk anak2 aku RM3.50 (nasi disukat semangkuk kecil je)
Milo ais yg milonye sikit je RM1.80 (mahalnye milo ais kedekut ni)
Limau ais RM1.50 so 2 RM3.00
Kuih karipap pusing RM1.00

Mmg betullah dia kira..so aku bitau kat dia saya makan 3 je..air pun 3 je..dgn muka peliklah pasal dia leh agak yg aku cakap mahal hehe...pastuh dia cakap plak..

Org semua dah marah kat saya pasal harga yg kitorg jual ni murah sgt kak..tp kitorg buat tak tau jelah..ape leh buat..

Aku lagi buat muka pelik..bodoh bangang ke ape pelanggan yg kata harga kat situ murah..ini bukan bandar KL..ini Melaka..konon kedai tu kat Taman Mini Malaysia so harga dah macam kat KLIA lah ye..kalau sedap tu takpelah jugak ..

Mak aku pun dah cakap..inilah kali terakhir dia makan kat kedai ni..dan takkan datang lagi makan kat sini..

Pastu g lah aku ke Tesco. Beli radio mak tu. Aku plak cari seluar Zikry utk ke sekolah. Seluar yg sekolah bagi tu besar sgt dan kain dia takde kualiti. Susah Zikry nak bukak g tandas. So aku carilah yg mana sesuai..ada 4 helai semuanye.

Bila masa bayar..tau2 jelah anak2 aku ni mesti bersepah je..nak masukkan dia dlm troley aku ada beli biskut muzika tu..dah hancur ranap sebelum tu tp sempat aku tukar hehehe..so lepas tu aku suruh diorg turun je dan terus g kaunter nak bayar.

Aku tak dapat tumpukan perhatian masa budak tu kira..sbb asyik perhatikan Zarfan yg berlari sana sini..

Tau2 bila budak tu sebut harga je. Pastuh aku teruslah tunjuk kad azimat hehehe...duit cash tak cukup..alasan je. Dalam RM90 lebih..pasal aku ada beli huggies masa tu ada offer.

Setiba kat rumah aku rasa baru terpk nak tengok resit. Bila tengok dan kira aku dapati ada pelik sikit. Harga huggies tu beza RM1.00 sbb dlm resit RM35 tp ms amik aku tengok tanda harga tu RM34. Panas dah hati ni pasal dah sampai rumah.

Pastuh aku tengoklah harga seluar yg aku amik. Aku kira ada 4 helai. Oklah mmg aku amik 4 helai. Tp tengok resit hanya 3 helai je. Mmg ler pada mulanye suar tu satu takde harga..tp aku nak..lantaklah ape yg dia nak buat aku nak jugak..tp rupanye dia tak kira pun suar tu hehehehe...so kemarahan aku tadi terus lenyap pasal dapat suar free selai hihihihi..suke..

Dah itu jelah nak citer..


post signature



(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

1 ulasan:

Tirana berkata...

Kadang-kadang bila kita ingat kita mengalami kerugian, rupanya kita beroleh keuntungan..Kadang-kadang sesuatu itu pahit untuk ditelan tapi dalam kepahitan tu rupanya ada kemanisan..hehehe..so jangan cepat2 give up..sabar banyak2

Bershopping sakan ye...

Hatiku...