Masuk sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja. Benda terbabit ialah makanan atau minuman atau apa jua yang tidak dibenarkan. Batal puasa dengan sebab makan dan minum dengan sengaja sudah disepakati ulama kerana Allah berfirman, maksudnya:
“Makanlah dan minumlah hingga nyata bagi kamu benang putih daripada benang hitam dari fajar.” (al-Baqarah: 187)
Dengan ayat ini, beberapa perkara yang ada unsur makan atau minum diqiaskan kepadanya. Namun ada yang disepakati ulama dan ada yang masih di dalam kategori perbezaan pendapat.
Pada ayat ini juga disebut malam puasa. Maknanya siang puasa tidak bolehlah hendak bergesel-gesel, kerana ditakuti membawa kepada perbuatan membatalkan puasa.
Keluar sesuatu daripada badan iaitu muntah dengan sengaja. Faktor sengaja penting dalam proses membatalkan puasa. Jika sesuatu dilakukan tanpa sengaja seperti terlupa, maka puasa tetap sah.
Ulama sepakat, perkara yang membatalkan puasa ialah makan dengan sengaja, minum dengan sengaja dan hubungan seks dengan sengaja. Perkara yang lain masih ada sedikit sebanyak perbahasan.
Perkara makruh dilakukan ketika berpuasa:
Keterlaluan berkumur ketika wuduk. Nabi s.a.w sangat suka berkumur ketika wuduk. Namun, perbuatan itu dikurangkan sedikit jika Nabi s.a.w berpuasa.
Bersugi selepas waktu Zuhur. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w maksudnya: “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam hadis ini tiada satu dalil khusus menunjukkan bersugi selepas Zuhur adalah makruh. Cuma, bau mulut berubah pada waktu Zuhur. Oleh kerana bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah, maka wajarlah dikekalkan bau mulut itu.
Berbekam. Ini mungkin kerana berbekam melemahkan orang yang berpuasa. Di samping itu, ada hadis yang menjelaskan berbekam juga boleh membatalkan puasa.
Merasai makanan tanpa hajat.
Mencium dan memeluk pasangan.
Cakap banyak tanpa hajat. Ini kerana banyak bercakap mengundang pelbagai kemungkinan, termasuk fitnah dan tersalah cakap.
Banyak tidur. Tidur keterlaluan akan lari daripada tujuan merehatkan badan, bahkan akan melemahkan kembali tubuh badan.
Mengumpul banyak air liur dan menelannya
(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan