Rabu, September 10, 2008

Kata-kata motivasi 1

Untuk siri kata-kata motivasi kali ini, saya petik dari Surah Al Mujadalah ayat ke 11 yang bermaksud…

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu beberapa darjat”.

Semakin berilmu seseorang itu, semakin tinggi darjatnya. Dalam kehidupan seharian, masyarakat lebih menghormati orang yang tinggi pendidikannya, berpengetahuan dan mempunyai kelulusan akademik diiktiraf. Bila ditambah lagi dengan kerajinan beribadah, bertambah-tambah lagi rasa hormat orang sekeliling.

Kesannya, mereka amat mempercayai orang yang berpendidikan ni, kerana yakin dengan ilmu yang mereka ada. Kesimpulannya, untuk membuat kita semakin berjaya, dihormati dan dipercayai, rajinkan diri menimba ilmu, tak kira ilmu hasil dari pendidikan formal atau tak formal.

Ilmu dapat kita perolehi dari banyak sumber. Cara paling mudah untuk banyak menimba ilmu adalah dengan banyak membaca. Orang yang rajin membaca, banyak ilmunya.

Ilmu dapat menggilap potensi minda. Lebih tinggi pengetahuan kita dan lebih banyak yang kita masukkan ke dalam minda, kita jadi lebih cemerlang, lebih maju dari orang lain disekeliling kita.

Sebab, banyak yang kita tahu, jadi kita boleh gunakan apa yang kita tahu tu untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan berbanding orang lain. Bak kata pepatah inggeris, knowledge is power, but applying the knowledge gives you more power!

Atlit cemerlang adalah atlit yang banyak mendalami sukannya, banyak membaca tentang sukan diceburinya selepas itu mengaplikasikan apa yang dia tahu untuk mencapai lebih banyak kemenangan di dalam setiap pertandingan. Jika digabung dengan kerajinan berlatih, sudah tentu dia jadi bertambah-tambah cemerlang!

Usahawan cemerlang adalah usahawan yang rajin membaca, banyak mengkaji serta banyak menimba ilmu tentang jenis perniagaan diceburinya. Selepas itu, dia mengaplikasikan apa yang dia tahu, supaya dia mendapat lebih banyak untung, lalu menerima pendapatan yang lebih banyak dari usahawan-usahawan lain dalam jenis perniagaan yang sama.

Pekerja cemerlang adalah pekerja yang mendalami bidang kerjayanya dengan penuh minat dan kesungguhan. Lebih banyak yang dia tahu, lebih cepat dia naik pangkat. Ilmu yang dia ada lebih dari orang lain membolehkan dia jadi lebih menonjol di mata majikan, justeru layak memgang tanggungjawab dalam organisasi tempat dia bekerja.

Nyatalah, di dalam Al Quran Allah memberi motivasi pada kita supaya sentiasa menimba ilmu, kerana dia dah menjanjikan darjat tinggi pada orang beriman, berilmu dan orang yang sentiasa beramal dengan ilmunya!

moga artikel motivasi ini bermanfaat
(kongsikan dengan rakan-rakan Anda!)

petikan dari...
http://www.imotivas i.com/kata- kata-motivasi- 13/

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Tiada ulasan:

Hatiku...