Isnin, September 15, 2008

Jangan Makan Ikan Sardin

JANGAN MAKAN SARDIN. Mesti Baca!!!

Importance: High



Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun
getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin,
ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin.
Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun
saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap
maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam
lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau
nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih
mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses
buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau
beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan
cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak
kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan
berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan
sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN
MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin,
sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur
untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas
itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam
kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin.
Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama
arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin,
akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan
memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap
kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu,
saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut.
Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi
lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan
merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan,
insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan
lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker
memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya
akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin
ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah
tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini
yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang
ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi
ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian
pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya
amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang
keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian
lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak
saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan
ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya
besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah
memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee
maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an.
Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar
makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim
akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis
kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya
berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan
seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat
karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup
tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau
malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid
dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang
hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya
iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir
setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan
makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan
keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini.
Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap
saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan
sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu
makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba
Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan
tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini
alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali
mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah
buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah
mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah
sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan
kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan
ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit
berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Wassalam wallahualam

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Tiada ulasan:

Hatiku...