Rabu, September 10, 2008

Kata-kata Motivasi

Kawan-kawan Anda Biasa-Biasa Saja Tapi Anda Luar Biasa, Cemana Nak Buat? 

Setelah membaca artikel-artikel di blog motivasi ini, anda tekad berubah menjadi luar biasa , kerana Anda tak mahu lagi hidup 

menjadi orang biasa.

Masalahnya, bila Anda dah jadi orang luar biasa , yang rajin, yang cergas, yang bertenaga, kawan-kawan Anda masih dengan 

perangai biasa lalu mula menyisihkan Anda, kerana Anda luar biasa (berlainan dengan mereka). Bagaimana nak berdepan dengan 

situasi camni?

Pertama, tabahkan hati.

Orang-orang berjaya, akan sentiasa bersabar menempuh apa jua cabaran, termasuk disisihkan kawan yang dulu sama-sama ketawa, 

sama-sama menangis. Anda kena belajar berdikari.

Pada saat ini, tekad kena bulat, semangat kena kuat.

Biar Anda berani buat keputusan sendiri, menangis sendiri, juga sabarkan diri sendiri. Be independent!

Kedua, tekad terus jadi orang yang luar biasa sampai bila-bila.

Sebab, tak ramai orang sanggup berubah menjadi orang luar biasa, cuma segelintir saja seperti Anda. Anda adalah orang yang 

punya kecekalan, kerana Anda tekad berubah menjadi luar biasa , jadi Anda patut bangga!

Sekali lagi, gunakan reverse saikologi. Jika Anda di sisihkan, anggap yang mereka mahu melihat Anda berjaya, sebab mereka 

memberi Anda peluang untuk berusaha di jalan Anda sendiri, mereka tak masuk campur punya. Sebab? mereka tak paham erti 

menjadi orang luar biasa !

Ketiga, sentiasa bersangka baik dengan sesiapa saja.

Walau mereka selalu sindir Anda, memperbodoh- bodohkan Anda atau mempersendakan impian Anda, maafkan mereka, lupakan, lepas tu 

GO ON!

Ingat, walaupun sedikit Anda merasa sakit hati, maknanya emosi-emosi negatif mula menjangkiti Anda, menyebabkan Anda payah 

nak berfikiran positif. Semangat mudah turun jadinya.

Selalu bayangkan hidup Anda yang dah berjaya di masa depan seperti yang Anda mahukan, supaya Anda sentiasa bersemangat. 

Selalulah berimaginasi yang Anda dah memandu kereta idaman Anda, tinggal di rumah idaman Anda dan rasa bahagia bersama 

pasangan hidup Anda.

komen? reply? pendapat? 
http://www.imotivas i.com/kawan- kawan-anda- biasa-biasa- saja-tapi- anda-luar- biasa-cemana- nak-buat/

Lawati iMotivasi di alamat http://www.iMotivas i.com untuk update terkini.

moga bermanfaat!


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Tiada ulasan:

Hatiku...