Rabu, April 15, 2009

Aktiviti AZZ's

AZZ = Aiman Zikry & Aiman Zarfan bin Zolpaka..hehe

Semua anak aku adalah AZZ insyaallah..sebab? ntahlah sesuke je hehe..

Ok..biasalah aktiviti biasa je..tp disebabkan tempat yg luar biasa maka terjadilah cerita.

Sebenarnya aku dah mula rindu masakan kat Malaysia..sambal tumis aku..masak lemak aku..huhu..dah lama tak makan nasi campur..kalaulah aku leh masak semua tu kat sini..

Makanan kat sini mmg tak kene langsung selera aku..Ada yg masin yg amat tp ada yg tawar meleset..rindunye kat sambal goreng..huhu..

Walaupun leh masak dlm bilik hotel ni tp dia dah pesan jgn yg byk asap..hari tu masak sardin pun dah cuak pasal asap dah byk..takut nanti habis basah bilik bila penyembur air terpasang hehe..

Lagi satu..rasa rimas bila lepas basuh pinggan mangkuk..takde tempat utk keringkan..kene letak atas meja tu so mmg tak kemas dan selalu semak..tak selesa pasal semua brg nak letak situ..lagilah rasa malas nak masak pasal malas nak basuh pinggan hehe..



Tengok bape byk point yg dikumpulkan..ni habiskan duit kat fun world tu ler..point ni kebanyakan dikumpul melalui ayah dan zarfan..si zikry bz nak main kete je..diorg tu mmg ada luck lah hehe..dah byk nanti leh tukar dgn hadiah..buat masa ni tunggu dululah..


Roti dan makanan ni permintaan Zikry..tetiap hari dia nak makan ni..pagi petang malam..inilah menu yg dia mintak..Zikry yg pilih sendiri roti tu konon cam burger sebenar hehe..


ada telur, daging, keju, salad, mayonis tp tak sapu marjerin pasal malas nak beli hehe..itupun dah byk bahankan..



apa lagi..makan time..aku masak masa diorg mandi so lepas pakai baju terus makan..kalau tak, sibuk nak menjengah aku tengah masak..terutama si Zarfan..


Si Zikry mesti makan 2 biji..kalau tak daging tu mesti dua..Zarfan selalu makan tak habis..


Diorg buang salad pasal menggangu masa makan..asyik jatuh je katanye..





pagi lepas sarapan..ni ler aktiviti..dah lama tak mandi kolam. Aku masa ni masih lagi menikmati sarapan..sambil minum teh..ahh..terasa santai sekali hehe..











ni aktiviti malam lak..boleh dikatakan tiap malam aku jenjalan kat luar ni..kali ni beli lagi ais blended ni..pasal aku nak cawan plastik tu hehe..kat hotel cawan gelas so aku takut pecah..budak2 mmg minum cawan plastik..


tengah tunggu air








pemandangan bumbung..kalau waktu siang terang pasal bumbung tu lut cahaya-transparent


Sejak aku duduk sini..dah 3 kali aku g kat kaunter pertanyaan Carrefour tu pasal masalah yg pelbagai..

1. Pasal jam rosak so tukar baru malah yg lebih mahal..takpelah sbb mmg nak guna pun.
2. Masa bayar aku tak perasan juruwang tu scan sekali harga botol mineral yg aku bawa dari hotel so aku mintak duit aku balik..kurang 700rp huh! takpelah sbb aku jugak yg cuai.
3. Aku beli seluar Zikry kat situ harga 29900rp tp bila bayar 40000rp. Aku ingat dapat balik duit baki tp tak pasal harga yg murah tu masa tgh offer..mulanye aku cam nak jugaklah harga tu tp takkan nak bertekak plak..dia bagi pilihan aku amik atau dia pulangkan duit. Tapi bila pk aku nak jugak suar tu so amiklah..bila kira balik bezanya rm3 je hehe..takkan itupun nak kecoh.

Ntahlah..tak tau ler nak cakap apa..mungkinkah akan aku pegi lagi kat kaunter tu..malu dah rasanya hehe..

Si Zarfan plak..hari ni sibuk sgt kata nak kencin siap dah bukak seluar sendiri nak g tandas. Aku cakap..Zarfan kan pakai lampin..tak payahlah. Tapi dia nak jugak pasal jeles tengok abang dia g tandas kencin sendiri..So dari tadi aku layan blog ni dah 5 kali dia kata nak kencin..so baju dia habis basah..ntah iye ke tidaklah tu..tak pakai lampin lagi tu..jap lagi mesti dia kata nak kencin lagi..

Takpelah..permulaan yg baik..aku pun tak yah beli huggies lagi kat sini hehe..


post signature



(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

5 ulasan:

Azma Sulaiman berkata...

Sedapnya nampak burger tu...
Budak2 mmg susah sket nk abis.. tapikan awak, cuba awak potong burger tu pada 4 bahagian, sbb first time sy buat cengitu, anak2 sy abis makan sebab dia kata portion dia kecik so bg drang senang nk abiskan :)

julietchun berkata...

budak2 ngan sayur mana ngam,alegik,kekeke.Bolehlah diet dok sana lama2.

Suzi berkata...

salam nrina...
hish akak pun tak tahu nak cdg apa...mungkin blh masak masakan yg bersup kot...tak yah tumis pun takpe..buat sup sayur ke...lepas tu bakar je ayam ke daging ke dalam mikrowave. rayanya panas sup tu tekdelah asap sgt....
masak spagetti pun blh kot...mee sup...

masakan melayu memang byk yg berasap sbb kita byk goreng n tumis tu....rumah saya kat sini pun kalau lupa pasang kipas kat dapur tu mesti bunyi alarm kebakaran tu...bingit telinga...

harap dpt dtgkan idea utk msaka...have a nice holiday...:)

CuTeMiUt78 berkata...

uish.. gitu ke.. heh..heh..heh.. ada hal budak2 ni kan

Rintusir cuttack berkata...

Thank you so much for this Templates & Freebies. I really enjoyed reading this blog. These types blogs will encourage our self to get knowledge about this types. Thanks looking for more good techniques..and thanks for sharing this most important information..... . I want to let you know that I posted a link to your blog in Quran

Hatiku...