ni amik dr blog sasha..berkenan sgt dgn promosi yang ditawarkan hehehe..untuk peringatan semua gak...`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh
adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata...
ni amik dr blog sasha..berkenan sgt dgn promosi yang ditawarkan hehehe..untuk peringatan semua gak...SUMPAH DAN NAZAR
Menurut fiqh Islam, istilah aiman atau yamin digunakan dalam masalah sumpah atau ikrar (janji). Hukum sumpah adalah sama sebagaimana hukum bernazar. Sumpah atau ikrar wajib dinyatakan nama Allah atau salah satudaripada 99 namaNya ataupun degan sifat-sifat kebesaran Allah Taala. Dalam sebuah hadith dinyatakan daripada Ibn Umar radhiya Allahu anhuma; Rasulullah pernah terdengar Umar al-Khattab bersumpah dengan nama bapanya, lalu beliau berkata kepada Umar.
"Bukankah Allah Taala telah menegahkan kamu semua bersumpah dengan namaibu bapa kamu? Sesiapa yang bersumpah maka hendaklah (wajib) dia bersumpah dengan nama Allah (atau sifat-sifatNya) atau dia berdiam diri sahaja.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal(Hambali) dinyatakan bahawa seseorang yang bersumpah selain dengan nama Allah atau sifat-sifat kebesaranNya adalah termasuk dalam perkara syirik terhadap Allah serta terbatal akidahnya dan perlu bertaubat dan mengucap " La Ilah illa Allah".
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-ImamAhmad bin Hanbal, "Suatu sumpah adalah bergantung kepada niat individu yang melakukan sumpah". Sehubungan ini juga sumpah terbahagi kepada 3 katogari, iaitu;
1) Yamin Laghwi (Sumpah Laghwi)-ia merupakan lafaz kebiasaan dalam masyarakat Arab seperti " Demi Allah Ya dan Demi Allah tidak……..".dan masa yang sama ia (lafaz dalam keadaan tergantung. Lafaz sumpah ini tidak wajibkan kaffarah (denda).
2) Yamin Mun'aqidah – lafaz oleh seseorang individu sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya. Hukum sumpah ini wajib dengan kaffarah apabila individu yang bersumpah menyalahi apa yang diniatkan.
3) Yamin Ghamus (sumpah bertujuan menipu, khianat yang bercanggah dengan syarak seperti bersumpah untuk menghancurkan gerakan Islam). Ia termasuk dalam dosa besar. Oleh yang demikian ramai di kalangan ulamak Islam mengatakan sumpah ghamus tidak boleh ditebus dengan kaffarah (denda). Namun dalam masalah ini, al-Imam al-Syafie tetap berpendapat bahawa sumpah ghamus termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan kaffarah(denda)
Begitu juga dalam masalah nazar. Individu yang bernazar untuk melakukan maksiat terhadap Allah seperti bernazar untuk meninggalkan solat fardu dan puasa ramadhan dengan sengaja, meminum arak atau bernazar untuk memusnahkan gerakan Islam, maka nazar tersebut hukumnya tidak sah (terbatal) disisi syarak sama ada dengan cara mengambil upah ataupun tidak mengambil upah . Menurut Jumhur Ulamak mazhab Syafie dan Malikiwalaupun nazar yang menyalahi syarak terbatal dan tidak sah disisi syarak namun ia tetap diwajib kaffarah sama ada dengan cara individu tersebut mengambil upah untuk melakukannya ataupun tidak mengambil upah .
Sesiapa yang bersumpah atau bernazar untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan suatu perkara yang tidak bercanggah dengan hukum syarak maka dia perlu menunaikan salah satu daripada kaffarah yang di wajibkan ke atasnya. Kaffarah bermaksud denda yang perlu dipilih dan dilaksanakan salah satu sahaja daripada yang berikut, iaitu;
1) Memberi makan kepada 10 orang miskin dengan makanan yang biasa dimakan oleh ahli keluarganya sebanyak 600 gram bagi setiap seorang ( Mengikut mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali).
2) Atau memberi pakaian yang menutup aurat kepada 10 orang miskin (setiap seorang satu pakaian). Menurut al-Imam Malik dan al-Imam Ahmad, pakaian tersebut memadai bagi orang miskin dapat menunaikan solat dengannya. Bagi mazhab Hanafi, kaffarah dalam bentuk nilai mata wang mengikut kadar nilai makanan atau pakaian adalah diharuskan dan harus diberikan kepada hamba bukan muslim4.
3) Memerdekakan seorang hamba- sama ada hamba tersebut lelaki atau perempuan. Malah bagi al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-Tsauri dan Ibn Munzir mengharuskan memerdekakan hamba bukan Islam (kafir). Namun bagi sebahagian ulamak, hamba yang boleh dijadikan kaffarah ialah hamba perempuan sebagai mana dalam masalah kaffarah zihar.
4) Berpuasa selama tiga hari
Bersumpah atau bernazar dengan selain dengan salah satu daripada nama-nama Allah atau sifat-sifat kebesaranNya adalah syirik. Manakala bersumpah dengan salah daripada nama-nama Allah atau sifat-sifat kebesaranNya dengan tujuan khianat sama ada dengan cara mengambil upah atau sebaliknya seperti berniat untuk mengalah atau menghancurkan Gerakan Islam adalah tidak sah (terbatal) serta tidak perlu ditunaikan. Malah sumpah dan nazar sebegini termasuk dalam rumpunan dosa-dosa besar.
(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya( Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam) .-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri( bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi, Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
Artikel-artikel lain yang berkaitan:
2. How to fast healthily during Ramadhan.
3. http://ramadan. emedia.com. my/
(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh