Sabtu, September 22, 2012

Spam ke?

Ada ke patut blog aku ni dianggap spam ish ish ish....

Taulah aku dah lama x jengah tapi jgnlah buat sampai camtu sekali huhu...

Tapi alhamdulillah aku dah baiki semuanya...patutlah nuffnang aku dpt sikit je rupanya xde org bole xcess blog aku ni...

Ok skrg sila2kan... mengkayakan lagi tuan empunya blog ni ye hehehe...

Cuma blog ni dah ler x secanggih dulu...dulu sarat semak dgn widget, gajet pelbagai tapi disebabkan ramai yg komplen kata blog ni berat so diorg menghadapi kesukaran nak jengah so aku buatlah sesimple mungkin. Yang benaunya aku ni dah malas nak menghias sgt pun.... ni sampai aku sendiri pun nak tgk terkial2 mencari...

Yg sedih kebanyakan rakan blog yg dulu2..aku dah x leh nak jengah lagi... apsal ek? Bertahun wei tinggalkan hehehe... sedar x sedar dah mcm2 perubahan yg berlaku kat sini... yg pasti blogspot lebih canggih dr dulu...

Macam biasa blog ni sebenarnya masih berfungsi cuma utk tatapan entry yg lama2 jelah... Yg baru semua kat blog barulah...walaupun x baru sgtlah hehe.. Blog ni dah x leh upload gambar lagi... tu yg cam kiciwa sket... tapi apapun aku sayang korang hehe...







post signature

Selasa, September 18, 2012

Dah kemas dah...

post signatureSetelah berhempas pulas mengemaskini blog ni akhirnya berjaya juga dan hasilnya sgt simple.

Aku x taulah masalah apa sbb tiap kali bukak mesti kuar page mcm iklan so aku rasa mesti gajet atau widget yg mcm virus kot.

Yg sedihnya setelah satu persatu aku buang tapi masih lagi ada. Buang dan buang lagi masih juga ada. Ada masalah tu lah maknanya masih x bleh bukak blog ni. Akhirnya yg paling akhir aku buang.... barulah xde. So klu lagi tadi aku buang widget tu je dah tentu aku x perlu buang yg lain tadi huhuhu..sedih ni..

X silap aku yg terakhir tadi aku buang widget utk search blog ni. Lagi satu list friend... tapi xpelah.. x kisahlah. Asalkan blog ni masih berfungsi seperti biasa dan yg paling penting Nuffnang aku tu hehehe....

Rajin2 ler lawat blog ni ye walaupun x hapdet sgt sbb aku dah pindah blog lain. Blog ni dah x leh upload gambar katanya...dah penuh kuota..

Ok tu je nak cerita. Jumpa lagi hehe..


(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh






Ahad, April 19, 2009

Kene pindah

Salam semua..

Dukacita dimaklumkan bahawa aku perlu berpindah huhuhu..

Bukan ke Indonesia hehe..tp pindah blog je kihkihkih...

Kuota untuk gambar di blog aku dah aku gunakan semaksimum yg boleh so aku dah takleh upload gambar lagi. Jadi untuk mengatasi masalah itu, aku terpaksa pindah dgn berat hati. Itulah akibat upload byk gambar tak hingat donia..

Sila pergi ke tulipmanis

Lagi satu nak mintak tolong kat kengkawan semua..aku nak cari template baru so boleh tak cadangkan laman web yg mana satu dan yg pastinye free hehe..

Ok kengkawan semua..jumpa di tulipmanis ye..

post signature



(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Jumaat, April 17, 2009

Shooping je hari2..

Kali ni pasal aku ni dah jadi satu penyakit plak duduk sini..asyik nak habiskan duit..malas nak kuar sbb kalau kuar mesti habis duit huhu..

Tapi kuasa membeli belah aku sama je mcm aku duduk malaysia..aku suka beli brg murah.

So kat Care4 sini aku dok punggah rak yg ada offer hehe..dapatlah yg mmg murah dan amat berbaloi..

Lagi satu kat FO mini kat sini..boleh katakan tetiap hari nak g kedai dia..padahal dah byk baju dah borong kat sana tp disebabkan aku tak dapat lagi singgah FO lain selain dr situ so belasah situ jelah hehe..boleh tengok puas hati dan pk dulu sebelum beli pasal bila dah berkenan tu bebila masa je leh g beli..

ni masa sarapan...saje je lepak kat sini pasal ini hari Khamis..kalau Jumaat sampai Ahad..jgn mimpilah aku dapat lepak cenggini..ramai org..
Aku nak amik gambau kapal terbang lalu tp helikopter je..bolehlah hehe..


aku baru je bebel pasal tak selesa nak letak pinggan dah basuh..tetibe je aku naik lepas sarapan..diorg dah letak kain plak kat singki..wah..amat diperlukan hehe..diorg mmg betul2 memahami hehe..


pemandangan gunung dari bilik aku..3 4 hari yg lepas tak nampak sbb kabus je..tu dr jauh nampak Tangkuban Perahu yg aku pernah lawat hari tu..


kasi dekat sikit..haaa..mcm perahu terbalik kan? pasal tu nama dia Tangkuban Perahu hehe..


Tingkap dan pintu sliding tak leh bukak dan berkunci..nasib baik tak leh sbb kalau boleh bukak puaslah nanti aku nak pk camne nak elakkan budak2 ni jgn bukak pintu dan tingkap situ..


aku dah lama teringin nak beli kasut memandangkan aku dah beli 4 biji gam UHU utk tampal tapak kasut aku yg ternganga cam mulut buaya..tp masih tak berjaya..ntah apsallah kat sini dia nak buat hal..kalau aku tau..takkan aku bawak kasut tu ke sini..


so inilah kasut yg aku rembat kat sini. harganya 25ooorp..ni paling murahlah ni..buat sementara sbb nanti nak g beli kasut yg mahal sikit hehe..ramai tau yg pakai kasut gini..mula cam kelakar je tengok tp selesa sgt..


Yang ni aku tak tahan godaan hehe..kalau pergi je Care4 tu mesti aku pegang beg kamera ni. harga 41900rp..mula pk tak nak beli tp tetibe aku asyik termimpi2 je..so utk elakkan aku tak tido mlm so aku belilah jugak kihkihkih...


ni ler tempat yg aku selalu shooping..beli baju..murahlah sbb paling mahal pun baju 50000rp kalau kat malaysia tu dlm belasan ringgit je. yg aku suke sgt pasal baju kat situ saiz besar dan mmg kenelah dgn aku yg cam anak gajah ni hehe..


ni baju hubby..masuk 2 helai ni maknanya dah 4 helai dah baju yg jenis sama tp warna berbeza hehe..dia kata suke pakai so aku belikan pasal aku dah takde ape keje kat sini melainkan shooping hehe..


Ok..itu jer..

Sebenarnya ada lagi 5 gambar yg tak berjaya aku upload pasal kuota utk gambar dlm blog aku dah habis huhu..pasni aku terpaksa update tempat lainlah..nantilah aku pk camne nak settlekan masalah aku ni..

Jumpe lagi..tata..


post signature



(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Khamis, April 16, 2009

Semakin mendekat




Salam semua..

Seperti mana ada rakan blogger sebelum ini yg sudah sedia maklum. Aku ada buat satu..satu ape ek namanye hehe..kira saya cepat dia dapatlah hehe..

Nanti leh rujuk entry yg ini 4575

So skrg dah 4208..tak lama je tu akan jadi 4575 so perhatikan betul2..

Jangan terlepas ye..

tata..


post signature



(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Rabu, April 15, 2009

Aktiviti AZZ's

AZZ = Aiman Zikry & Aiman Zarfan bin Zolpaka..hehe

Semua anak aku adalah AZZ insyaallah..sebab? ntahlah sesuke je hehe..

Ok..biasalah aktiviti biasa je..tp disebabkan tempat yg luar biasa maka terjadilah cerita.

Sebenarnya aku dah mula rindu masakan kat Malaysia..sambal tumis aku..masak lemak aku..huhu..dah lama tak makan nasi campur..kalaulah aku leh masak semua tu kat sini..

Makanan kat sini mmg tak kene langsung selera aku..Ada yg masin yg amat tp ada yg tawar meleset..rindunye kat sambal goreng..huhu..

Walaupun leh masak dlm bilik hotel ni tp dia dah pesan jgn yg byk asap..hari tu masak sardin pun dah cuak pasal asap dah byk..takut nanti habis basah bilik bila penyembur air terpasang hehe..

Lagi satu..rasa rimas bila lepas basuh pinggan mangkuk..takde tempat utk keringkan..kene letak atas meja tu so mmg tak kemas dan selalu semak..tak selesa pasal semua brg nak letak situ..lagilah rasa malas nak masak pasal malas nak basuh pinggan hehe..



Tengok bape byk point yg dikumpulkan..ni habiskan duit kat fun world tu ler..point ni kebanyakan dikumpul melalui ayah dan zarfan..si zikry bz nak main kete je..diorg tu mmg ada luck lah hehe..dah byk nanti leh tukar dgn hadiah..buat masa ni tunggu dululah..


Roti dan makanan ni permintaan Zikry..tetiap hari dia nak makan ni..pagi petang malam..inilah menu yg dia mintak..Zikry yg pilih sendiri roti tu konon cam burger sebenar hehe..


ada telur, daging, keju, salad, mayonis tp tak sapu marjerin pasal malas nak beli hehe..itupun dah byk bahankan..



apa lagi..makan time..aku masak masa diorg mandi so lepas pakai baju terus makan..kalau tak, sibuk nak menjengah aku tengah masak..terutama si Zarfan..


Si Zikry mesti makan 2 biji..kalau tak daging tu mesti dua..Zarfan selalu makan tak habis..


Diorg buang salad pasal menggangu masa makan..asyik jatuh je katanye..





pagi lepas sarapan..ni ler aktiviti..dah lama tak mandi kolam. Aku masa ni masih lagi menikmati sarapan..sambil minum teh..ahh..terasa santai sekali hehe..











ni aktiviti malam lak..boleh dikatakan tiap malam aku jenjalan kat luar ni..kali ni beli lagi ais blended ni..pasal aku nak cawan plastik tu hehe..kat hotel cawan gelas so aku takut pecah..budak2 mmg minum cawan plastik..


tengah tunggu air








pemandangan bumbung..kalau waktu siang terang pasal bumbung tu lut cahaya-transparent


Sejak aku duduk sini..dah 3 kali aku g kat kaunter pertanyaan Carrefour tu pasal masalah yg pelbagai..

1. Pasal jam rosak so tukar baru malah yg lebih mahal..takpelah sbb mmg nak guna pun.
2. Masa bayar aku tak perasan juruwang tu scan sekali harga botol mineral yg aku bawa dari hotel so aku mintak duit aku balik..kurang 700rp huh! takpelah sbb aku jugak yg cuai.
3. Aku beli seluar Zikry kat situ harga 29900rp tp bila bayar 40000rp. Aku ingat dapat balik duit baki tp tak pasal harga yg murah tu masa tgh offer..mulanye aku cam nak jugaklah harga tu tp takkan nak bertekak plak..dia bagi pilihan aku amik atau dia pulangkan duit. Tapi bila pk aku nak jugak suar tu so amiklah..bila kira balik bezanya rm3 je hehe..takkan itupun nak kecoh.

Ntahlah..tak tau ler nak cakap apa..mungkinkah akan aku pegi lagi kat kaunter tu..malu dah rasanya hehe..

Si Zarfan plak..hari ni sibuk sgt kata nak kencin siap dah bukak seluar sendiri nak g tandas. Aku cakap..Zarfan kan pakai lampin..tak payahlah. Tapi dia nak jugak pasal jeles tengok abang dia g tandas kencin sendiri..So dari tadi aku layan blog ni dah 5 kali dia kata nak kencin..so baju dia habis basah..ntah iye ke tidaklah tu..tak pakai lampin lagi tu..jap lagi mesti dia kata nak kencin lagi..

Takpelah..permulaan yg baik..aku pun tak yah beli huggies lagi kat sini hehe..


post signature



(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Selasa, April 14, 2009

Sakit dan Sihat

Seperti yang aku bitau kat entry sebelum ni..aku sakit perut..kene cirit birit pasal makan makanan tepi jalan..kuih bala2 tu..rasanya pasal tu ataupun nasi goreng tu ntahlah..

Yang pasti 2 hari ni adalah hari yg paling terseksa pd aku pasal temu janji aku dgn toilet amatlah kerap dan aku terpaksa terperap dlm bilik..

Ntah hape bakteria ler yg dok dlm perut aku nie...serik nak makan makanan tepi jalan lagi huhu..

Nasib baik hanya aku je yg mengalami masalah tu...anak2 ok alhamdulillah. Hubby plak muntah2 dan mabuk hehe..maybe aku mengandung huahuahua...

So disebabkan aku tak leh kuar dr bilik so hari minggu hanya duduk dlm bilik...tak dapat nak shooping..sampailah hari isnin..tak makan kat luar so masak dlm bilik je hehe..


ni strawbery hari tu...dah byk yg tak leh makan..separuh buang je pasal dah lembik dan berkulat..


Malam jenjalan g Carrefour lagi utk beli brg nak masak..budak2 ni sebelum tu memain kat situ..puluh ribu jugak habis..tp rupiahlah hehe..5000 rupiah dapat 4 coin so murahlah..


ok puan2..makcik yg sakit nak masak tp ni dah habis masak pasal tu baru teringat nak amik gambar hehe..tengok ler brg2 tu..penuh atas meja..dah mcm rumah sendiri hehe..


ada buah dan sandwic..itulah makan malam kitorg hehe..


buah anggur tempatan


ada salad..sardin dan daging burger..


tada...siap..utk ditelan..lengkap dgn mayonis,keju,sos..tp aku tak selera..hanya makan satu je..hubby telan 2 hehe..Zikry dan Zarfan pun satu je..


Pemandangan dr bilik..hujan lebat masa ni..ada kilat..


tengok tu..kalau tak kabus tu..leh nampak gunung dr jauh..tp mmg sejuklah tempat ni..


ni hari ni..lepas sarapan aku lepak kat kolam dulu..tak ada org..hari minggu hari tu mmg ramai org..hotel ni dekat dgn lapangan terbang so mmg nampak kapal terbang nak mendarat..kuat betul bunyi kapal terbang tu kalau duduk kat luar ni..sbb klu dlm bilik tu tak kuat sgt bunyinye


diorg minta baju mandi tp aku malas nak bawa..panaslah skrg walaupun berangin..lagipun aku nak g shooping kat bawah hehe..nak beli roti lagi pasal dah habis hari tu..budak2 ni suke plak makan roti dgn burger tu..





aku yg asyik berpeluh..





ni ler pintu yg menghubungkan hotel dan kawasan membeli belah..dlm pintu tu ada lift..aku masa ni lepak makan aiskrim jap..


wah..hirup tak hingat..ni 5000rp


yg ni lagi dasyat..aiskrim akupun dia sapunye..tp aku mmg takde selera pun nak makan aiskrim hehe..bukan diet tp ntahlah..nafsu makan kureng sikit..


Kalau hari biasa ni aktiviti tak banyaklah..kene tunggu hari minggu sbb hubby cuti. So duduk dlm bilik tenet ataupun tgk tv..tido..hehe..


post signature



(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Hatiku...