Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Khamis, September 18, 2008

Hukum Nikah

Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram. 

Wajib 
------------ ----
Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta'iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah. 

Sunat 
------------ ----
Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ). 

Makruh 
------------ ----
Hukum makruh terbahagi dua : 

Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin. 

Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ). 

Haram 
------------ ----
Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.

Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup?
Mari kita sama-sama fikirkan....


Wassalam


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Sabtu, September 13, 2008

Ciri-ciri Ibu Sejati

Ciri-ciri Ibu Sejati 

 

Ibu... ibu... 
Engkaulah ratu hatiku 
Bila ku berduka 
Engkau hiburkan selalu 

Ibu... ibu... 
Engkaulah ratu hatiku 
Tempat menyatakan kasih 
Wahai ibu 

Betapa tidak hanya engkaulah 
Yang menyinari hidupku 
Sepanjang masa engkau berkorban 
Tidak putusnya bagai air lalu 

Ibu... ibu... 
Engkaulah ratu hatiku 
Tempatku menyerahkan kasih 
Wahai ibu.... 

Pernah dengar bait bait lagu di atas? Lagu ini telah dinyanyikan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dikarang sekitar tahun 1953. Kita sering mendengar lagu ini tiap kali datangnya Hari Ibu pada setiap tahun. Usaha seorang ibu membesarkan anak daripada tapak kakinya sebesar dua jari sehingga anak menginjak dewasa tidak terbalas jasanya. Alangkah bertuah si ibu apabila anak yang berjaya tidak pernah meminggirkan ibunya. Lebih bertuah lagi, jika si anak itu bukan saja menjadi anak berjasa kepada orang tua bahkan kepada bangsa dan agama.


Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi. Dengan kasih sayang inilah yang membuatkan seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi seorang ibu yang baik. Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, berikut adalah antara ciri-ciri yang lazimnya ada pada ibu-ibu yang memiliki sifat keibuan sejati:




1. Kasih sayangnya menyerlah




Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi juga didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya. Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat. Anak itu milik Allah, amanah yang dipinjamkan kepada kita maka sewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. 




2. Prihatin dan ambil berat 




Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan ambil tahu tentang diri anaknya. "Ibu saya sampai sekarang, bila jumpa dia akan tanya, kamu dah solat ke belum," kata Hj. Mohd Hanim Mohd Tahir, seorang pakar motivasi. 




3. Halus perasaan 




Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar 'bahasa badan' anaknya. Ibu juga dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak beritahu. 




4. Suka beri nasihat 




Sifat seorang ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anak-anaknya. Dalam kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu terhadap anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan. Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya. 




5. Sangat sabar dan berlapang dada 




Daripada wajah seorang ibu, sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan. "Mak saya bila anak-anaknya datang, dia layan semuanya dengan wajah dan senyum yang manis," cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusia akhir 70-an. "Tak pernah dia tunjuk rasa tak senang atau marah. Walhal bukan tidak ada antara kami yang pernah mengecilkan hatinya. Bagi saya, itulah ibu sejati." 




6. Lembut tapi tegas 




Wataknya 'adjustable' . Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar. 




7. Suka meraikan 




Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak. Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak. 




8. Tidak pilih kasih 




Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain terhadap anak-anak sendiri, sifat menyama-ratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak orang lain. "Anak orang lain macam anak dia juga," ungkap seorang kawan ketika bercerita tentang seorang makcik yang pernah ditemuinya. Menerusi kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru, atau membentuk 'anak-anak' di pejabat jika dia seorang ketua pejabat. 




Hadis pilihan: 



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, "Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 




Huraian: 



1. Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 




2. Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri. 




3. Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab. 




4. Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya, "Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga." (Riwayat Abu Daud & Hakim)


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Kebahagiaan Seorang Suami

KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI 
 
Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. 

  

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. 

  
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai. 
 
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini." 
 
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.. 
 
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu. 
 
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam); 
  

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1] 
 
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. 
 
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. 
 
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Selasa, Ogos 19, 2008

Kenali Lelaki

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda
cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Petua Mengasihi Suami & Isteri

PETUA MENGASIHI SUAMI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.


PETUA MENGASIHI ISTERI.....


1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Pesanan Untuk Keluarga Bahagia

Pengantin dan yang dah menjadi Suami Isteri Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda
adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,
isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua
isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang
mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati
semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi
bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan
beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan
tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan
suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16 Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan
peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga
patuh kepada Tuhan.

18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja
ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.
Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan
sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah
tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib
memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon
ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang
fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,
penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,
ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil
kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,
bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba
hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad
amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli
keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati
dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap
perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa
beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga
berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang
baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke
arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik
tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,
lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan
isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan
pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri
benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri
bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan
pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti
senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan
gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat
sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di
rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,
berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,
bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...

namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...

kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..

ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........


...Amin...


biar hina kerna tak berharta asalkan jangan hina kerna hilang maruah diri.... _

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Hubungan Suami Isteri

Hubungan suami isteri

Kita perlu memahami bahawa hubungan suami isteri itu dipengaruhi oleh sekurang-kurangnya 3 perkara :
1). Aspek diri suami seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya, kemahiran bercakap dan penampilan diri.
2). Aspek diri isteri seperti niat, sikap, tabiat, perwatakan, gaya, kemahiran bercakap dan penampilan diri.
3). Suasana atau persekitaran seperti masa yang dipilih untuk berkomunikasi, keadaan rumah dan sebagainya.

Suami isteri perlu menyemai niat yang baik apabila berkomunikasi.
Komunikasi ialah satu perbuatan. Permulaan kepada perbuatan itu adalah niat. Sebagai seorang muslim, niat memainkan peranan penting dalam menilai setiap perbuatan dan amalan kita. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk mendapatkan keredhoaan Allah. Oleh itu suami isteri perlu berlumba-lumba mencari keredhaan Allah di dalam perhubungan.
Komunikasi adalah satu proses yang bermula dari dalam individu yang terlibat. Oleh itu pasangan perlu malaksanakan beberapa panduan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi suami isteri serta merapatkan perhubungan keduanya.
Kenali diri anda dahulu sebelum mengenali pasangan.

Anda perlu menilai sikap anda, kelemahan , kekuatan dan keperluan di dalam hidup berkeluarga. Anda perlu melihat beberapa faktor antaranya :
a. Jangan silap dalam mengenali pasangan anda. Buat apa yang sukai oleh pasangan anda, jangan buat sesuatu yang menimbulkan kebosanan dan jemu.
b. Jangan fikir pasangan anda mempunyai sikap, perasaan dan fikiran sebagaimana anda. Anda perlu memberi ruang perbezaan. Selalu berbincang dan bertukar-tukar pandangan.
c. Jangan suka mencari kesalahan pasangan. Sebagai insan biasa mesti ada kesalahan dan kesilapan. Oleh itu, maaf bermaafan itu adalah lebih baik.
d. Tidak terlalu cemburu atau tidak percaya kepada pasangan. Cemburu itu tandanya sayang tetapi terlalu cemburu itu menyebabkan sangka buruk Orang yang bersangka buruk tidak akan dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.
e. Jangan terlalu ingin berkuasa ke atas pasangan. Ianya terhasil daripada salah seorang terlalu mementingkan diri dan suka merendahkan pasangan. Akibatnya hubungan akan menjadi kaku dan tidak mesra.

Amalkan nilai murni dan akhlak mulia dalam hubungan suami isteri.
1. Sopan santun dan lemah lembut terhadap pasangan.
2. Amalkan sikap saling hormat menghormati
3. Amalkan memberi salam.
4. Sentiasa sembahyang berjamaah
5. Panggil pasangan dengan nama yang menghiburkan hatinya yang mesra dan sesuai.

Bersedia dari segi mental, fizikal dan penampilan untuk melayani dan mendengar pasangan
a. Elakkan berkomunikasi ketika anda terlalu letih. Ia mungkin akan menyebabkan anda hilang tumpuan kepada apa yang diperkatakan oleh pasangan. Ini akan menyebabkan jemu dan bosan.
b. Kemaskan penampilan diri sebelum berkomunikasi. Fikir apa yang anda hendak perkatakan sebelum anda menyarakannya kepada pasangan anda.
c. Wujudkan keselesaan dan keindahan di dalam rumah. Suasana rumah yang kotor, berselerak dan bising kurang sesuai untuk berkomunikasi.

Tingkatkan kemahiran berkomunikasi
1. Beri tumpuan kepada pasangan samasa berinteraksi iaitu mewujudkan pertembungan mata. Ianya menandakan anda memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan.
2. Sampaikan mesej dengan jelas dan tepat tanpa ada muslihat. Bungau-bunga di dalam perbualan kadang-kadang akan merimaskan pasangan dan mungkin dia tidak dapat memahaminya dengan jelas.
3. Elakkan daripada bercakap serentak. Jangan pentingkan diri anda. Dengar dulu apa yang pasangan anda ingin perkatakan.
4. Dengar sambil menghayati tanpa menilai apa yang dicakapkan oleh pasangan anda. Anda perlu faham perasaannya dahulu kemudian barulah memberikan pandangan atau teguran atau anda diam sahaja.
5. Minta penjelasan apabila tidak faham apa yang diperkatakan.

Kerap melakukan aktiviti bersama
a. Selalu beribadah bersama
b. Mengingati dan menarikan ulangtahu? Hari kelahiran bersama.
c. Berkongsi tugas di rumah.
d. Sering berjenaka dan bergurau senda.
e. Berbincang apabila melibatkan urusan rumahtangga.

Beri atau terima teguran secara baik dan bijaksana.
a. Tidak menengking apabila marah tetapi menggunakan bahasa teguran yang membina atau diam menandakan anda sedang marah.
b. Menegur dengan lembut tetapi tegas.
c. Jangan merendahkan pasangan apabila anda sedang marah.
d. Segera meminta maaf apabila bersalah. Jangan ego.

Adab sopan apabila berdepan dengan suami
Suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.

Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang- kadang dia sengaja hendak menguji kita.

Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali yang melanggar syariat

Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (di sinilah tanda kasih sayang terhadap suami ). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.

Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian ( di dalam rumah ) dan berwajah manis.

Memuliakan ibubapa dan keluarga suami, menghormati isteri-isterinya ( jikalau bermadu ) dan melayani anak-anak suami (anak tiri kita) dengan baik.

Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati.

Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya,menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air.

Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.

Mesti sama-sama merasai perasaan suami .Suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang. Dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak menperkecilkannya. Tegasnya, dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.

Memelihara maruah suami.

Memahami akan kerjaya suami dan tidak merungut jika suami balik lewat.

Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak mulia di depan suami. Tidak bertengkar atau bergaduh di depan anak-anak.

Mengekalkan sifat malu kepada suami.

Memelihara kehormatan ketika suami tidak ada di rumah.

Merasa cukup apa yang telah diberikan oleh suami.

Melayan suami hanya untuk mendapatkan keredhoaan Allah.

Bersabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila seseorang wanita tetap bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mematuhi suaminya, maka dapatlah dia memasuki syurga." (Hadith Riwayat Al Bazzar

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Ibu Mithali Isteri Sejati

Ibu Mithali Isteri Sejati
Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?

Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini.

Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah.

Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni. Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :



Berdoa memohon keredhaan Allah.
Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
Membersihkan hati dan pemikiran.
Membina kebahagiaan secara proaktif.
Mendidik diri sendiri.
Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan al-mawaddah (berkasih sayang) dan ar-rahman (kasihan-mengasihani).
Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
Membina rumah tangga berasaskan al-Mu¡¦asyarah bil makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
Pembangunan fizikal dan kesihatan.
Muhasabah diri.


Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS!

Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!



Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-



Positif terhadap perubahan.
Positif terhadap diri sendiri.
Positif terhadap kepimpinan.
Positif terhadap masalah.
Positif terhadap orang lain.
Positif terhadap keadaan emosi.
Positif terhadap idea kreatif.
Positif terhadap membuat keputusan.
Positif terhadap qada¡¦ dan qadar.


Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :-



Analisis diri daripada pandangan anak.
Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
Bercakap benar.
Kotakan kata-kata.
Didik anak mengenai kemahiran sosial.
Gunakan masa jitu untuk mengajar.
Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
Melatih anak berfikir.
Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.




Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-



Pendidik keluarga.
Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
Penasihat.
Doktor dan jururawat.
Mendisiplinkan anak-anak.
Kawan atau sahabat.
Penyelesai masalah.
Merangsang perkembangan mental anak-anak.
Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
Model pada anak-anak.
Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
Mengawal ekonomi rumah tangga.
Menjaga harta suami dan keluarga.


Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-



Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
Tidak ¡¥berebut kuasa¡¦ dengan anak-anak.
Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
Mendidik anak berdikari.
Mempunyai nilai diri tinggi.
Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
Bertindak secara jamaah.
Mengorbankan kepentingan peribadi.
Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
Meneroka dan merangsang potensi anak.
Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Dosa Gugur Apabila Suami, Isteri Bersalam

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuatsuasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendakisuami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahanmenyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunandaripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman denganisterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalamandengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannyaterhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalamrumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorangisteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalamkerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
========================================================================
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Kepimpinan Suami Mendidik Isteri

(¯`v´¯)
Isteri adalah insan yang lemah. Dia sentiasa mengharapkan pimpinan dan tunjuk ajar dari seorang suami yang dicintai. Tanpa bimbingan seorang suami, dia tidak mampu mendayung bantera rumahtangga ke arah matlamat yang hak.



Pasti akan berlaku ketidakhaluan yang akhirnya membawa tragedi.

Sayugianya dalam usaha melayakkan diri sebagai isteri solehah para suami yang arif perlu berganding bahu serta prihatin di dalam soal ini. Isteri tidak akan jadi insan solehah, kalau si suami tidak soleh. Si isteri juga tidak akan taat dan patuh kepada perintah Allah S.W.T. jika si suami demikian juga.




Oleh kerana itulah si suami yang bijaksana perlu berusaha mendidik dan membimbing isterinya ke arah taqwa.





Allah bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud ; “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”

Surah An-Nisaa’ : 34



Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri – makhluk yang kuat perasaannya.




Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah mahkluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikiran. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, sang suami perlu merancang untuk mewujudkan perasan gembira di dada sang isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.






Nafsu


Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembila nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.




Sembilan nafsu yang ada pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu dan syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidi isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabarannya.




Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut sahaja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu akan hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf.

Contohnya bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tuan yang suka menggangu Rasulullah s.a.w. Tatkala Rasulullah lalu disebelah rumahnya, dia akan membaling sampah kepada Rasulullah. Adakalanya dia menaburkan duri dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang dilalui oleh Rasulullah. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu sebelah rumahnya. Tetapi sedikitpun tidak dipedulikan oleh Baginda Rasulullah.




Suatu hari Rasulullah merasa pelik keran perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingnya. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya khabar jiran perempuan tersebut, rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu bagindan naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perampuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah s.a.w. yang sanggup menziarahinya dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi karenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya untuk memeluk Islam.




Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintas sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah memberi salam, barulah mereka menjawab sala baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab ; “Kami sengaja mahu Rasulullah mendoakan untuk kami.”



Begitu Rasulullah mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik.

Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu lelaki mesti bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.




Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa dengan Rasulullah dan bertanyakan tentang mandi hadas. Rasulullah menjawab ; “Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwudhuk dengannya.” Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya. “Bagaimana saya hendak berwudhuk dengan itu?”Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta Siti Aishah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata ; “Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darh. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti.”



Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasai dari Aishah

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.




Ego


Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri dia hendaklah merendahkan sifat egonya. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah dinikahi dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah berusia enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan ada kalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang, cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.




Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagi jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agak sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribu diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, dan Angela).




Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah, syaitan sengaja meluap-luap perasaan marahnya. Kalau dijawab bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharminian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Ini bukanlah mengalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri sukar untuk memahaminya.




Berjanji


Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua bertanya ; “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?” Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawab. Bahkan baginda menyuruh ke semua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.




Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri saudara? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaannya kerana mengetahui suaminya lebih sayang kepada isteri yang lain.




Berbalik kita kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu isteri-isterinya yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan, Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.




Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata ; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberikan cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.




Berleter


Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter. Suami yang bijak akan berdiam diri dan tidak menjawab leteran isteri. Ini buka bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah ditunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disiram embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.




Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayanng, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya

Sabda Rasulullah yang bermaksud ; “Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memilki separuh dari agamanya.”

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud ; “Dunia adalah hiasa dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”


Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan mebahagiakan seluruh isi alam.

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Status Wanita Di Akhirat

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.


"wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga...
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
"Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga"

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga."

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
"Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga"

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
"Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga"

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir"

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Jumaat, Ogos 08, 2008

Isteri Solehah Perhiasan Paling Membahagiakan

SYURGA di dunia ini adalah rumah tangga yang bahagia, penuh dengan rasa sakinah, mawaddah dan rahmah. Neraka pula rumah tangga yang hancur, suami isteri saling menyalahi, curiga, tidak saling mencintai dan jauh daripada rasa sakinah mawaddah dan rahmah.

Sesungguhnya, dengan berkahwin, suami tidak saja mendapat seorang isteri, tetapi seluruh dunia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah yang akan menjadikan rumah kita bagaikan syurga - baiti jannati.

Susunan Hashim Ahmad

Sejak perkahwinan sampailah ke akhir hayat, insya-Allah, isteri akan menjadi sahabat terbaik suami.

Dengannyalah suami berkongsi suka, duka, impian, harapan dan juga kecemasan. Ketika sakit, dialah yang akan merawat. Ketika memerlukan pertolongan, dia akan melakukan apa saja untuk suami.

Ketika berkongsi rahsia, dia akan menjaga rahsia itu dengan amanah. Ketika perlu nasihat, dia akan memberikan nasihat terbaik.

Dia juga akan selalu bersama suami. Ketika terbangun pada waktu pagi yang pertama suami lihat adalah isterinya. Dia selalu memikir dan berdoa untuk kebaikan suami dengan sepenuh hati dan suami ada dalam fikiran, doa dan hatinya.

Ketika tidur di malam hari, perkara terakhir yang suami lihat adalah dia. Suami dunianya dan dialah dunia suami.

Sebenarnya, hubungan antara suami isteri penuh dengan hal mengagumkan. Tidak mudah digambarkan dengan kata-kata betapa rasa cinta, kasih sayang, keintiman, kedamaian serta kesejukan yang mengisi hati pasangan itu.

Penjelasan rasional semua itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t dan atas kehendak-Nya. Allah mengingatkan manusia yang mencari kewujudan-Nya bahawa satu daripada tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menjadikan rasa kasih dan sayang.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar Rum: Ayat 21)

Tetapi hati manusia bukan statik. Ia sangat dinamis. Perasaan dapat berubah setiap waktu. Cinta pun boleh terbang dan hilang. Ikatan perkahwinan boleh menjadi lemah apabila tidak dijaga dengan baik.

Rumah tangga tidak dapat dijamin sentiasa bahagia. Perlu usaha daripada kedua pihak untuk saling memelihara rasa kasih dan sayang. Ibarat sebuah pohon, tanahnya perlu dirawat, dijaga dan dipupuk.

Bagi suami, mereka hidup dalam persekitaran sibuk dan melelahkan serta dikelilingi pelbagai tanggungjawab. Ada ketikanya dia tidak dapat meluangkan waktu bersama isteri dan terpaksa bersendirian dalam kesibukan kerja dan komitmen tugas.

Suami perlu pastikan keadaan itu tidak terjadi terus menerus. Cubalah sesekali luangkan waktu untuk melakukan kegiatan secara bersama dengan isteri anda.

Rasulullah pernah meluangkan waktunya untuk berlumba lari dengan Aisyah r.a.

Justeru, berjalanlah dengan isteri beriringan. Lakukan aktiviti bersama, mengunjungi teman bersama, berkelah bersama atau membeli-belah bersama.

Selalulah menjaga kemesraan dalam perhubungan. Kehidupan moden hampir mengubah kita menjadi robot atau mesin teknologi tinggi tanpa emosi.

Menunjukkan emosi dan perasaan yang dirasakan adalah perlu untuk menjaga ikatan perkahwinan daripada menjadi berkarat.

Jangan meremehkan hal penting yang nampak kecil seperti memberi isteri wang perbelanjaan, memicit bahunya atau membukakan pintu kereta dan sebagainya.

Ingatlah Rasulullah pernah menyediakan kakinya untuk membantu isteri naik ke atas unta.

Usahakanlah untuk menyediakan
waktu solat berjamaah dengan isteri. Memperkuatkan hubungan dengan Allah adalah jaminan terbaik agar perkahwinan sentiasa kukuh.

Rasulullah memberi sanjungan sangat tinggi bagi pasangan bangun malam untuk solat bersama atau masing-masing membangunkan pasangan untuk solat sekalipun dengan memercikkan air di muka.

Lakukan usaha terbaik untuk isteri dengan kata-kata dan perbuatan.

Berbicaralah kepadanya dengan baik. Senyum dan minta nasihatnya. Mintalah pendapatnya dan luangkan waktu berkualiti dengannya dan selalu ingat Rasulullah bersabda: "Yang terbaik di antara kamu adalah yang terbaik memperlakukan isterinya."

Pasangan yang berjanji untuk saling mencintai dan menghormati sampai akhir hayat adalah sangat baik.

Tetapi hal ini tidak cukup. Suami harus mencintai apa yang dicintai isteri seperti keluarganya dan hal yang dia cintai harus menjadi kecintaan suami pula.

Rasulullah mencintai Khadijah, isterinya menemani baginda selama 25 tahun. Baginda terus menerus mencintai Khadijah dan mengingatnya.

Selepas kematian Khadijah beberapa tahun kemudian, Rasulullah tidak pernah melupakannya, bahkan sanak saudara dan teman Khadijah baginda utamakan yang kadang-kala membuat Aisyah cemburu.

Cintailah isteri tidak hanya sampai dia meninggal dunia tetapi tanamkan hasrat mahu terus bersamanya di akhirat kelak, insya-Allah.


(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Hatiku...