Sabtu, Ogos 30, 2008

Solat Tengah Malam

Solat Tengah Malam
 

Solat tengah malam penghapus dosa, penghalang maksiat 

MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:

  • Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
  • Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.
  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: "Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra'Bin 'Azib)
  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.
  • Berzikir dengan wirid yang Ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.
  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai 'Qailulah', iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.
  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.
  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.
  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
  • Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah (SWT)selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

"Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

 

 

Wallahua'lam!


(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " 
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " 
Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah
 MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " 
Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " 
Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " 
Semua itu benar, tapi yang paling berat adalahMEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " 
Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " 
Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


"sampaikanlah walau satu ayat"..

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Tamak

Penyakit tamak ini ailah suatu sifaf ingin menguasai atau mendapatkan bahagian lebih banyak dari orang lain. Nama yang lain dari sifat tamak ailah loba atau serakah

Pada umumnya, sifat tamak itu berkenaan dengan perkara kepuasan dan kemewahan hidup di dunia. Tamak terhadap harta benda, dengan jalan mengumpulkan harta benda dan kekayaan dengan sebanyak-banyaknya. Tidak peduli apakah dengan cara yang halal mahu pun haram. merampas hak orang lain, merugikan kepentingan umum dan lain-lain sebagainya.
 
Nabi Isa as. pernah mengatakan bahawa tamaknya manusia terhadap harta benda itu tak ubah seperrti orang yang sedang meminum minuman yang memabukkan, semakin di minum semakin berkurang rasanya dan tidak puas-puas. Baharulah mereka akan berhenti minum. kalau sudah mabuk atau tidak sedar diri.

Sejarah telah menunjukkan, bahawa tamak terhadap harta benda atau tamak terhadap kekuasaan itu tidak akan bertahan lama, dan pada tingkat terakhir pasti akan mengalami kejatuhan, sebab tidak sesuai dengan nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan.
 
Islam mengendalikan hawa nafsu terhadap harta benda itu dengan mengadakan batasaan. Iaitu dibolehkan mengejar harta benda, tetapi melalui jalan-jalan yang sah dan halal. Kemudian apabila sudah sampai satu batas jumlah yang tertentu. maka hendaklah dikeluarkan zakatnya, infak, sedekah dan lain-lain.


Harta Yang Berkat
Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi s.a.w lalu diberi oleh baginda. Kemudian dimintanya lagi lalu diberi pula oleh baginda. Kemudian baginda bersabda,:"Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus atau serakah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan harta itu; dia seperti orang makan yang tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah."
 
(Muslim)

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh


Manfaat Membuat Kebaikan

Manfaat Berbuat Kebaikan

Pada suatu hari raja Persia melewati seorang tua yang sedang menanam pohon buah Zaitun, kemudian raja Kisra berhenti sebentar sambil berfikir tentang harapan yang berada di pikiran orang tua itu, sedangkan orang tua itu boleh jadi tidak lagi hidup ketika saatnya memakan buah dari pohon yang ia tanam tersebut karena umurnya yang sudah sangat tua tersebut.

kemudian raja Kisra berkata: "Wahai Orang tua bukan waktunya lagi engkau menanam pohon Zaitun ini, karena pohon ini lambat pertumbuhan dan berbuahnya sedangkan kau orang tua yang sangat renta sekali."

orang tua itu berkata : "wahai raja Kisra, orang-orang dahulu juga telah menanam apa yang kita makan hari ini, maka sudah sepantasnya kita menanam supaya anak cucu kita nanti bisa makan apa yang kita tanam sekarang" 

Lantas Raja Kisra berkata "Anda sungguh luar biasa mulia." seperti biasanya apabila raja berkata seperti itu kepada seseorang, maka kepada orang itu diberi hadiah sesuai dengan ukuran yang sepantasnya, maka raja membayar untuk harga buah tersebut kepada orang tua itu.

maka orang tua itu berkata lagi "wahai raja, bagaimana pendapatmu tentang apa yang aku tanam, alangkah cepat berbuahnya." 

raja Kisra itu berkata, "luar biasa" untuk yang kedua kalinya, kemudian orang tua itu diberikan hadiah lagi yang lain.

orang tua itu berkata lagi. "wahai raja, setiap pohon yang berbuah sekali dalam satu tahun, sedangkan pohonku ini berbuah dalam sebentar saja dua kali." 

maka raja berkata untuk kali ketiga "luar biasa", kemudian raja berjalan dan berkata kepada para sahabatnya "Ayo pergi, jika kita terus-terusan berhenti di kebun orang tua ini, maka tidak akan cukup apa yang ada di perbendaharaan kita untuk memberi hadiah kepadanya". 

Cerita diatas adalah contoh bahwa Setiap kebaikan yang kita lakukan selalu membawa manfaat bagi yang mengerjakan kebaikan itu sendiri sebagaimana Firman Allah SWT.

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Alloh adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir: seratus biji, Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia)-Nya) lagi Maha mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 261).

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Mabuk Cinta

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lagi lima:

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Perihal Bulan Ramadhan

    

 

 Selamat Menyambut bulan Ramadhan   


(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Jumaat, Ogos 29, 2008

Tugasan dari Kak Ras

Tq kak Ras bagi tugasan nie...takde ler gambar pasal takde scanner nak scan...scanner dah rosak pasal tak sanggup nak scan muka saya yg cun sgt masa dulu tu hehehe...

Pasal tugasan lagi satu tu dah jawab dah..nnti tengok kat Jawapan Tag dari Kak Tirana

Betullah kata kak ras...masa sekolah dulu saya suke gak tulis merepek2 kat buku autograf kengkawan..semua lawak2 belaka bukan betulpun...dah lama dah masa berlalu..rindu tullah kenangan yg ada dulu kat sekolah...tapi tang nak pekse tu yg malaaasssss byk bukan skit dah...hehehe...


Nama Penuh : nrina

Nama samaran : nrina

Umur Sekarang: 29 baru je 29 hehehe...cheh..tak ngaku dah nak tue hehe...

Adik Beradik : ada 7 saya yg ke 7 ler tapi abg dah meninggal sorang so 6 ler...

Status : berkahwin dah...masa umo 24 tahun..

Tarikh Lahir : 7 Mac 1979

Tempat Lahir : Melaka

Asal : Melaka segala2nye melaka..apepun semua Melaka..kawin Melaka..anak pun Melaka..

Tempat Kediaman : Melaka gak...

Hobi : bertenet ler ape lagi..tengok tv..jenjalan shooping..memandu kete..

Cita-Cita : nak jadi isteri solehah dan ibu yg sempurna...

Makanan Kegemaran : asam rebus dgn ikan bilis goreng...makanan org dlm pantang..uih pasal tu aku tak leh diet masa pantang pasal itu lauk kegemaran aku hehehe...

Minuman Kegemaran : air panas suam...uih lagi panas lagi best..

Warna Kegemaran : hitam, maroon dan coklat.

Sukan Diminati : bowling tapi lama dah tak main..lepas ngandung zikry sampai skrg huhuhu...

Barang-Barang Yg suka Dikumpul : loceng kecil mcm keychain tu..semua brg yg gantung kat zip semua ada loceng kecil..suke ler..bunyi2 tu tapi kat badan takde pun hehe...

Harta Sekarang : kebahagiaan...semua ada lengkap dah pada aku..syukur alhamdulillah..

Nama sekolah Rendah : Sek. Keb. Batu Berendam, Melaka..

Nama Sekolah Menengah : Sek. Tun Mutahir(SPM) & Sek. Munshi Abdullah(STPM)

Orang Yang Dikasihi : suami, anak2, semua kaum keluarga dan saudara islamku...

Kawan Yang Paling Rapat : suami jer...dah kawin itulah kawan paling rapat ye tak..

Kenangan Manis : berkahwin dgn org yg betul2 menyayangiku dgn penuh ikhlas...

Kenangan Pahit : byk tapi aku anggap itu sebagai pengalaman yg menjadikan aku matang.

Muzik Yg Di kegemari : yg rancak, slow pun suke gak..mendayu2 hehe..

Lagu yg Diminati : skrg ni aku suke giler dgn lagu ari lasso & bunga tu..aku dan dirimu..tangkap lentok beb..

Tokoh Yg Diminati : Dulu minat Anwar Ibrahim skrg minat Anwar gak..hehe..pasal rupe dia macam abang kandung aku hehe..tapi yg tetap menjadi pojaan hatiku adalah Nabi Muhammad S.A.W.

Tempat Yg Ingin Dilawati : Mekah gak ler...suka sgt nak g sana..bilalah agaknye..

Harapan Masa Depan : menjadi ibu yg sempurna pada anak2 dan anak2 bangga pastuh anak2 berjaya dlm hidup..dapat keje best pastuh dpt tanggung mak ayah dia..uih..harap2 tercapailah hasrat aku...

Ok siap dah..uih panjangnye...penat ler nak pk..hehe...so segala susah payah ni nak bagi kat org kat bawah nie...disertakan dgn hadiah sekali..ni permintaan budak milo tu..hehe...
p/s utk milo : milo buah ni leh makan tau..tak caye g beli dgn duit sendiri pastu makan hehe...






1. Pooh Beby

2. Biskut Rajin

3. KuTakSempurna

4. CintaMiloAis

(¯`v´¯)
`*.¸.*´ *hUgGiEsS*
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh

Hatiku...