Isnin, September 08, 2008

Nutrition Updates



NUTRITION UPDATES
 
 
TO PREVENT STROKE DRINK TEA! 
Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading.... Green tea is great for our immune system)!




 
INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY! 
Use honey as a tranquilizer and sedative.




 
ASTHMA? EAT ONIONS!!!! 
Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).


 
 
ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!!
Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis.
(fish has omega oils, good for our immune system)




 
UPSET STOMACH?   BANANAS - GINGER!!!!! 
Bananas will settle an upset stomach. 
Ginger will cure morning sickness and nausea.




 
BLADDER INFECTION? DRINK CRANBERRY JUICE!!!! 
High-acid cranberry juice controls harmful bacteria.




 
BONE PROBLEMS? EAT PINEAPPLE!!! 
Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple.

 
 
PREMENSTRUAL SYNDROME? EAT CORNFLAKES!! !! 
Women can ward off the effects of PMS with cornflakes, which help reduce depression, anxiety and fatigue.




 
MEMORY PROBLEMS? EAT OYSTERS! 
Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc.




 
COLDS? EAT GARLIC! 
Clear up that stuffy head with garlic. (remember, garlic lowers cholesterol, too.)

 
COUGHING? USE RED PEPPERS!! 
A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper. Use red (cayenne) pepper with caution-it can irritate your tummy.




 
BREAST CANCER?   EAT Wheat, bran and cabbage 
Helps to maintain estrogen at healthy levels.




 
LUNG CANCER? EAT DARK GREEN AND ORANGE AND VEGGIES!!! 
A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables.

 
 
ULCERS? EAT CABBAGE ALSO!!! 
Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers.




 
DIARRHEA? EAT APPLES! 
Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition. (Bananas are good for this ailment)




 
CLOGGED ARTERIES? EAT AVOCADO! 
Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol.




 
HIGH BLOOD PRESSURE? EAT CELERY AND OLIVE OIL!!! 
Olive oil has been shown to lower blood pressure. 
Celery contains a chemical that lowers pressure too.




 
BLOOD SUGAR IMBALANCE? EAT BROCCOLI AND PEANUTS!!! 
The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar.




 
HEADACHE? EAT FISH! 
Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches.. 
So does ginger, which reduces inflammation and pain.

 
 
 
HAY FEVER? EAT YOGURT! 
Eat lots of yogurt before pollen season. 
Also-eat honey from your area (local region) daily.

 

 

 

Kiwi: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E &fiber. It's Vitamin C content is twice that of an orange. 


 
 
Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke. 


 
 
Strawberry: Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits &protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. (Actually, any berry is good for you..they're high in anti-oxidants and they actually keep us young....... ..blueberries are the best and very versatile in the health field....... .they get rid of all the free-radicals that invade our bodies) 


 
 
Orange : Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer. 



Watermelon: Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione which helps boost our immune system.  They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant.  Other nutrients  found in watermelon are Vitamin C &Potassium. (watermelon also has natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn suv rays) 

 

 

Guava &Papaya: Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content. Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation. 

 

 

Papaya is rich in carotene, this is good for your eyes. (also good for gas and indigestion) 

 

 

Tomatoes are very good as a preventative measure for men, keeps those prostrate problems from invading their bodies.


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Antara Manusia, Malaikat & Binatang

Antara Manusia, Malaikat Dan Binatang
 
Bismillahirrohmanir rohiimm..
 
Malaikat diciptakan dengan akal tanpa diberi hawa nafsu, sedangkan binatang dianugerahi hawa nafsu tanpa dianugerahi akal. Adapun manusia, ia dianugerahi kedua-duanya (akal dan hawa nafsu).
 
Jika akalnya berkuasa dan sedar tentang tujuan penciptaannya, maka di sisi Allah ia lebih mulia daripada malaikat. kerana malaikat tidak memiliki hawa nafsu sehingga tidak makan, minum ataupun menikah.
 
Manusia dapat mencapai tingkat ketaatan hanya melalui mujahadah (bersungguh- sungguh) dan usaha menundukkan hawa nafsunya, sedangkan malaikat diberi tabiat hanya untuk taat kepada Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran yang ertinya:
"Mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan- Nya." (Al-Tahrim, 66:6)
Manusia yang soleh lebih baik disisi Allah SWT daripada malaikat. Jika manusia mencapai tingkat ketaatan yang tinggi dan tidak melakukan kemaksiatan, maka ia mirip malaikat. Darjat itu dapat dicapai hanya dengan melalui kesabaran dan perjuangan, kerana manusia berbeza dengan malaikat.
 
Sebaliknya, apabila seseorang dikuasai oleh hawa nafsunya, dan mengikuti perilaku binatang, maka ia lebih hina daripada binatang itu sendiri di sisi Allah SWT. Allah berfirman yang ertinya:
"Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf, 7:179)
 
..petikan dari buku Jangan Lalai..
 
Wallahua'lam. ..

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Ubat Pelupa

Ini petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan
 
Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang.
Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.
 
Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda 

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat. 

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda. 

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat. 

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air. 

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform. 

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat. 

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari. 

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan. 

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. 

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan. 

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman. 

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer. 

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat. 

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara. 

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita. 

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur. 

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan. 

Kesan positif 

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu: 

> Mengurangkan kesakitan. 
> Menguatkan ingatan. 
> Merawat kemurungan. 
> Menurun dan mengawal tekanan darah. 
> Meningkatkan daya ketahanan badan. 
> Merangsang aliran darah. 
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot. 

Rujukan : Harian Metro 1 Nov 2006
 
(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Puasa:Beberapa Permasalahan Puasa Ramadhan

WAJIB MENAHAN DIRI (IMSAK) 

Apabila masuknya bulan Ramadhan masih terdengar di media-media elektronik seperti radio dan televisyen yang menyiarkan berita tentang orang Islam yang didenda oleh mahkamah kadhi kerana tidak berpuasa dan makan atau minum di khalayak ramai. Fenomena ini menggambarkan bahawa masih ada sebilangan kecil daripada masyarakat kita yang tidak menghiraukan kewajipan berpuasa tersebut, sedangkan ketika itu dia mukallaf dan tiada sesuatu yang menghalangnya daripada berpuasa. Ada pula di antara mereka yang senghaja berbuat demikian malahan berbangga-bangga dengan tidak berpuasa, seolah-olah kewajipan itu tidak ada bagi mereka. Perbuatan ini wajib kita perbetulkan dari terus berleluasa.

Menurut ketentuan hukum syara', orang-orang yang meninggalkan puasa dengan senghaja itu sangat berat balasannya. Perbuatan tersebut termasuk dalam kategori dosa besar malahan menjadi kerugian yang tidak boleh ditukar ganti sebagaimana digambarkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, bahawa Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

Maksudnya: "Barangsiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup"

(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, An-Nasa'ie, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat pintu yang disebut Rayyan, yang mana pada hari qiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya. Dikatakan: "Di manakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk daripadanya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup, sehingga tidak ada seorang pun yang masuk daripadanya. "

(Hadis Muttafaq 'Alaihi)

Hadis di atas menerangkan bahawa orang-orang yang berpuasa itu akan diberi keistimewaan khas dimana mereka berhak untuk masuk syurga melalui pintu al-Rayyan. Amat rugilah orang-orang yang tidak mengerjakan ibadah puasa itu kerana tiada hak untuk masuk syurga melalui pintu tersebut.

Apa yang lebih dikhuatiri ialah orang-orang yang tidak berpuasa itu beranggapan bahawa puasa itu tidak perlu dikerjakan kerana ia hanya suatu budaya yang menyeksa manusia. Menurut ijma'ulama, barangsiapa yang mengingkari fardhu puasa Ramadhan atau merasa ragu-ragu akan fardhunya maka dia adalah terkeluar daripada agama Islam iaitu murtad wal'iyadzubillah.

Daripada hadis-hadis dan ijma' ulama yang disebutkan di atas jelas kepada kita bahawa terdapat ancaman dan peringatan kepada mereka yang mengabaikan puasa bulan Ramadhan. Oleh itu janganlah kita mengambil ringan akan perkara ini dengan mengabaikan suruhan Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana azab Allah Subhanahu wa Ta'ala amat pedih.

Membincangkan tentang orang yang berbuka puasa tanpa keuzuran ini selain daripada menerima ancaman dan balasan seperti yang disebutkan di atas, mereka ini juga dipertanggungjawabk an untuk memenuhi kehendak hukum-hukum syara' yang diwajibkan ke atas mereka. Antaranya ialah menahan diri (imsak) daripada perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa.

Menurut para fuqaha', orang-orang yang berbuka puasa dengan senghaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh hukum syara' itu wajib imsak iaitu menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Imsak juga diwajibkan ke atas orang yang berbuka puasa Ramadhan bukan disebabkan keuzuran seperti orang yang lupa berniat atau makan di waktu yang disangkakannya masih belum terbit fajar sedangkan ketika itu fajar sudah terbit. Diwajibkan ke atas mereka imsak kerana menghormati waktu puasa.

Manakala bagi orang yang berbuka puasa disebabkan keuzurannya seperti orang yang sakit apabila dia sembuh dan orang yang musafir apabila dia sampai ke tempat kediamannya pada waktu siang Ramadhan, hukum imsak atau menahan diri itu adalah sunat.

Sunat imsak bagi orang yang gila bila dia sedar, orang kafir apabila masuk Islam, kanak-kanak apabila dia baligh dan perempuan yang haidh atau nifas apabila dia bersih di siang hari Ramadhan.

Menurut pengarang Hasyiyah I'anah at-Thalibin terdapat dua kaedah mengenai perkara imsak ini. Kaedah yang pertama ialah bahawa setiap seseorang yang diharuskan baginya berbuka puasa dan dia mengetahui akan hakikat hari itu maka tidak diwajibkan baginya imsak bahkan disunatkan sahaja. Kaedah yang kedua iaitu bagi orang yang tidak diharuskan berbuka puasa dan dia mengetahui akan hakikat hari itu maka diwajibkan baginya imsak.

Demikianlah ketentuan hukum yang perlu kita fahami tentang kewajipan mengerjakan ibadah puasa dan hukum yang berkaitan dengannya. Semoga dengan mengetahui hukum-hukum tersebut akan menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

iii. Perempuan Hamil Dan Perempuan Yang Menyusukan Anak 

Fungsi ibadah yang disyariatkan kepada manusia itu ialah untuk mengukur dan membuktikan ketaatan seorang hamba kepada tuhannya. Selain itu ia juga berperanan sebagai jalan yang menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, tidak kira ibadah itu wajib atau pun sunat. Perkara ini dijelaskan dalam firman-Nya:Å

Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga 'adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. 

(Surah al-Baiyinah: 7-8) 

Adalah janggal sekali pendapat yang mendakwa bahawa ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa, haji, zakat dan sebagainya itu sebagai suatu bebanan yang menyeksa manusia. Tuduhan ini dengan tegas ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya: 

Tafsirnya: "Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama" 

(Surah al-Haj: 78)

Kita telah pun diajar tentang tahap (darajah) hukum-hukum ibadah yang disyariatkan itu dan perlu diambil penuh perhatian ialah ibadah-ibadah yang wajib. Ibadah seumpama ini jika kita tinggalkan dengan tiada keuzuran akan berdosa. 

Walaupun demikian, Islam sebagai ugama yang mulia dan agama yang diperakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala telah pun menggariskan tentang kewajipan manusia dalam melaksanakan ibadah-ibadah wajib itu. Sekalipun sesuatu ibadah itu wajib dilaksanakan namun tahap kewajipan melaksanakannya adalah mengikut kadar yang termampu oleh manusia. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya: 

Tafsirnya: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

(Surah al-Baqarah: 286)

Ayat di atas juga dengan jelasnya menerangkan bahawa AllahSubhanahu wa Ta'ala itu bersifat Rahim iaitu amat pengasihani. Begitulah cantiknya syariat Islam itu. Walaupun demikian hakikatnya, tetapi tidak bererti kita bersikap cuai atau mengambil ringan tentang hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syariat Islam itu. Kecuaian atau sikap mengambil ringan soal hukum-hukum Islam boleh membawa kepada berleluasnya kepada perkara mungkar dan maksiat yang akhirnya meleburkan iman dan taqwa manusia. 

Berbalik kepada kelonggaran atau keringanan yang diberikan oleh syariat Islam itu, maka bagaimanakah hukum dan kewajipan berpuasa terhadap perempuan hamil atau menyusukan anak? 

Seperti yang kita jelaskan sebelum ini puasa itu wajib ke atas orang-orang Islam yang mukallaf. Ini bererti perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak itu termasuk di bawah hukum di atas. Hamil itu boleh terjadi atas jalan pernikahan dan tanpa pernikahan. Menyusukan anak pula, boleh terjadi kerana menyusukan anak sendiri atau anak orang lain. Perempuan yang menyusukan anak ini disebut dalam bahasa Arab sebagai Murdhi'. 

Menurut hukum syara' perempuan yang hamil sekalipun hasil dari perzinaan dan perempuan yang menyusukan anak damit (murdhi') walaupun anak damit itu kepunyaan orang lain disebabkan menderma atau diupah, adalah diharuskan bagi mereka untuk berbuka puasa semata-mata kerana dua perkara tersebut. 

Sekalipun demikian, persoalan lain yang timbul, apakah hukum yang berbangkit dari berbuka puasa itu? Adakah diwajibkan ke atas mereka qadha atau lain hukum mengenainya? 

Dalam hal ini para fuqaha telah merumuskan hukum-hukum mengenainya. Rumusan hukum dan perbincangan mereka lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang menyebabkan mereka berbuka puasa. 

Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan itu sahaja, maka wajib ke atas mereka membayar fidyah dan juga qadha pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya itu. 

Jika mereka berbuka puasa kerana takut akan timbul kemudaratan atas diri mereka atau kedua-duanya iaitu takut ke atas diri mereka dan anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan, maka wajib ke atas mereka mengqadha puasa yang ditinggalkan itu tanpa wajib mengeluarkan fidyah

Jika perempuan yang hamil atau perempuan yang menyusukan anak (murdhi') itu sedang dalam musafir ataupun sakit, lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhshah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan ke atas mereka mengqadha puasa itu tanpa membayar fidyah di hari-hari puasa yang ditinggalkan ketika musafir itu. 

Dalam keadaan musafir atau sakit, jika hamil atau yang menyusukan anak (murdhi') berbuka kerana takut akan kemudaratan anaknya dan bukan berbukanya itu atas rukhshahmusafir atau sakit, menurut pendapat yang ashah dia juga tidak diwajibkan membayar fidyah. Sebagaimana tidak diwajibkan membayar kaffarah kepada orang musafir yang sampai ke kediamannya ketika siang hari puasa, lalu dia melakukan persetubuhan di siang hari itu bersama isterinya yang tidak berpuasa disebabkan baru bersih dari haidh atau nifas di siang hari itu juga. (Al-Majmuk: 6/272&375) 

Berkait dengan hukum ini, ingin juga dijelaskan apakah diafidyah kerana meninggalkan puasa itu? Kepada siapakah ia diserahkan dan bagaimanakah melaksanakannya? 

Fidyah ialah denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah (kerana uzur dan disyariatkan) , dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan. (Ensiklopedia Islam 3:264) 

Adapun makna fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. 

Jenis fidyah itu ialah sama seperti jenis zakat fitrah iaitu makanan asasi dan yang mengenyangkan bagi sesebuah negeri seperti Negara Brunei Darussalam makanan asasinya adalah beras. Kadar yang patut dikeluarkan ialah satu mudd (secupak) iaitu kira-kira lima belas tahil beras bersamaan 566.85 gram.

Pihak yang berhak menerima fidyah itu ialah orang-orang fakir dan miskin sahaja. Fidyah itu boleh diberi dengan lebih dari satu cupak kepada seorang miskin berlainan dengan kaffarah, kerana ia hendaklah satu cupak sahaja kepada setiap seorang miskin hingga enam puluh orang iaitu tidak boleh dua cupak untuk satu orang miskin bagi membayar kaffarah

Membayar fidyah itu diharuskan selepas terbit fajar di hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan kerana keuzuran seperti orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang terlalu tua yang tiada berdaya untuk puasa dan perempuan yang hamil dan murdhi'. Walau bagaimana pun diharuskan juga mengeluarkan fidyah itu sebelum terbit fajar bagi hari yang dikeluarkan fidyah itu dan diharuskan juga mengeluarkan fidyahterlebih dahulu sebelum berbuka, akan tetapi hanyalah satufidyah sahaja di hari berbukanya itu dan tidak harus mendahuluinya bagi hari kedua dia berbuka puasa. Begitu juga tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk bulan Ramadhan.(Raudah At-Thalibin: 2/385) 

iv. Puasa Dalam Pelayaran 

Pada kelazimannya di musim Ramadhan ini lah ramai masyarakat kita mengambil kesempatan untuk membuat perjalanan jauh seperti belayar ke luar negara untuk menziarahi sanak saudara, menunaikan umrah untuk mengambil ganjaran pahalanya yang besar di bulan mubarak ini dan juga ada yang membeli belah untuk keperluan di Hari Raya atau sebagainya. Tidak kurang pula mereka yang berada di luar negara khasnya para pelajar akan balik bercuti ke tanah air untuk sama-sama menyambut Ramadhan dan berhari raya bersama-sama kaum keluaga. 

Pada dasarnya ibadah puasa itu tidak diwajibkan ke atas orang yang dalam pelayaran (musafir). Ini kerana musafir itu adalah merupakan salah satu keuzuran syar'ie yang menyebabkan beberapa kewajipan yang berbentuk 'azimah diangkat dari mereka. Firman Allah Subhanhu wa Ta'ala : 

Tafsirnya: "Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.

(Surah Al-Baqarah: 184)

 

Ada juga hadis-hadis Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam yang menyatakan tentang keharusan perkara ini. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Saiyidatuna 'Aisyah Radhiallahu 'anha :  

Maksudnya : "Sesungguhnya Hamzah bin 'Amr Al-Aslamiy berkata kepada Nabi Shallallahu 'alahi wasallam : "Adakah mesti aku berpuasa di dalam musafir?" (Walhal) adalah Hamzah itu seorang yang banyak mengerjakan ibadah puasa. Bersabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: "Jika engkau hendak berpuasa berpuasalah dan jika engkau hendak berbuka, berbukalah."

(Hadis riwayat Bukhari) 

Walau bagaimanapun tidak semua orang musafir itu diberikan rukhshah berbuka puasa. Mereka yang diberikan kelonggaran itu hanya orang yang memenuhi syarat-syarat berikut : 

a). Perjalanannya mestilah mencapai atau melebihi jarak yang dibolehkan mengqashar sembahyang. Iaitu jarak dari tempat ia memulakan pelayarannya ke tempat yang ditujunya itu mestilah tidak kurang dari dua marhalah iaitu kira-kira lapan puluh sembilan kilometer. 

b). Perjalanan itu ialah perjalanan yang diharuskan oleh hukum syara' bukan perjalanan yang melibatkan perkara maksiat.

 

Pelayaran Yang Tidak Membebankan 

Adakah pelayaran yang tidak membebankan orang yang bermusafir seperti yang berlaku di zaman yang serba canggih ini boleh dianggap sebagai uzur syar'ie yang mana si musafir ini boleh mengambil rukhshah berbuka? 

Mengikut apa yang telah dijelaskan oleh ayat al-Qur'an di atas bahawa musafir itu adalah merupakan satu keuzuran syar'ie tanpa memperincikan sama ada pelayaran yang dilakukan itu pelayaran yang mendatangkan beban kepayahan ataupun tidak. 

Menurut apa yang telah diperjelaskan oleh Imam As-Syaf'ie dan Ashhabnya Rahimahullah keharusan berbuka puasa itu lebih kepada wujudnya kepayahan sepertimana yang disebutkan: 

Maksudnya: " Jika dengan berpuasa akan memudharatkannya maka berbuka itu afdhal dan jika sebaliknya maka berpuasa itu lebih afdhal." (Kitab Al-Majmuk, 6:265) 

Ini bererti apa jua jenis pengangkutan yang digunakan untuk bermusafir maka dia adalah diharuskan dan berhak untuk mengambil rukhshah berbuka mengikut syarat yang telah dijelaskan. Akan tetapi berpuasa itu adalah lebih utama (afdhal) jika tidak memudharatkan dirinya sebagimana yang telah dijelaskan oleh Imam Asy-Syafi'ie dan Ashhab beliau Rahimahumullah. 

Bila Diharuskan Mengambil Rukhshah Berbuka 

Syarat lain yang membawa kepada keharusan berbuka ketika musafir itu ialah orang berkenaan memulakan perjalanan sebelum terbit fajar shadiq. Maksud memulakan perjalanan di sini ialah apabila dia melewati sempadan atau perbatasan kampong tempat tinggalnya. 

Jika dia melewati tempat tersebut selepas terbitnya fajarshadiq maka kewajipan puasa itu dituntut ke atasnya dan tidak harus baginya berbuka kecuali ada sesuatu kesusahan yang menyebabkan dia tidak berkuasa meneruskan puasanya. Dalam keadaan ini dia diharuskan berbuka kerana tidak berkemampuan berpuasa atau khuatir akan memudharatkan dirinya bukan kerana perjalanan (safar). 

Tetapi jika dia singgah di sesuatu tempat bukan dengan niat bermuqim maka dia diharuskan berbuka walau pun selepas terbit fajar shadiq ia keluar untuk meneruskan perjalanannya kerana ia masih dihukumkan sebagai orang musafir. 

Wajib Mengqadha Puasa Yang Ditinggalkan. 

Walaupun orang yang musafir itu diharuskan berbuka puasa semasa dalam pelayaran tetapi dia masih diwajibkan menqadha hari-hari puasa yang di tinggalkan itu tanpa membayar fidyah sebagaimana firman AllahSubhanahu wa Ta'ala:  

Tafsirnya: "Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.

(Surah Al-Baqarah: 184) 

Sekiranya pelayaran itu menuju negeri yang lambat kelihatan anak bulan Ramadhan yang menyebabkan penduduk negeri tersebut terkemudian menunaikan puasa Ramadhannya dari negeri asalnya maka dia dikehendaki berpuasa bersama-sama dengan penduduk negeri itu menurut pendapat yang ashahsekalipun ia telah berpuasa tiga puluh hari penuh. 

Begitu juga halnya jika ia membuat pelayaran menuju negeri yang lebih awal kelihatan anak bulan, apabila dia sampai di sana penduduknya telah menyambut hari raya, maka ketika itu dia diwajibkan berbuka (berhari raya bersama mereka) dan haram baginya berpuasa. Walaupun bilangan puasanya pada waktu mereka menyambut hari raya itu kurang dari sebulan penuh pada perkiraannya. 

Sekiranya jumlah puasanya sebanyak dua puluh lapan hari ia akan berhari raya pada hari yang kedua puluh sembilan mengikut negeri tersebut, tetapi dalam keadaan ini dia dikenakan mengqadha sebanyak sehari untuk mencukupkan sebulan kerana satu bulan itu sekurang-kurangnya adalah sebanyak dua puluh sembilan hari. Berlainan pula halnya jika ia sudah berpuasa sebanyak dua puluh sembilan hari maka ia tidak perlu mengqadha kerana bilangan dua puluh sembilan hari itu adalah bilangan sebulan yang paling minima. (Kitab Mughni Al-Muhtaj 1:422-423) 

Hukum menahan diri (imsak)bagi orang musafir 

Jika dia sampai ke negeri tempat dia hendak bermuqim dalam keadaan dia berbuka atau tidak berpuasa maka adalah disunatkan ke atasnya imsak iaitu menahan diri bagi menghormati waktu. Imsak itu tidak wajib ke atasnya kerana ia berbuka atas sebab keuzuran syar'ie iaitu musafir. Walau bagaimanapun dalam mazhab Hanafi pula mewajibkan imsak ke atasnya. 

Walaupun imsak itu hanya sunat keatasnya tetapi jika dia makan sesuatu hendaklah bukan dikhalayak orang ramai yang tidak mengetahui keuzuran itu kerana ditakuti akan menimbulkan tohmahan dan hukuman. 

Jika orang yang musafir itu sampai ke tempat yang ditujunya dalam keadaan ia berpuasa maka dia mesti menyempurnakan puasanya itu. (Kitab Al-Majmuk 6:267/ I'anah Al-Thalibin 2:269) 

Waktu berbuka dalam perjalanan 

Menurut hukum syara' waktu berbuka puasa itu ialah apabila tenggelam matahari (waktu Maghrib). Soalnya bagaimana halnya jika pelayaran menggunakan kapal terbang yang pada kebisaannya matahari akan masih lagi wujud pada penglihatan penumpang walaupun ia sudah hilang (tenggelam) bagi mereka yang berada di bumi. 

Dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala ada menjelaskan:  

Tafsirnya: "Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam (Maghrib)" 

(Surah Al-Baqarah:187) 

Sementara itu hadis Baginda Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abi AufaRadhiallahu 'anhu katanya: 

Maksudnya: "Kami bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan di bulan Ramadhan. Ketika matahari telah terbenam Baginda bersabda: "Hai Fulan ! Turunlah, dan siapkan makan kita !" Jawab orang itu, " Hari masih siang, ya Rasullullah! " Sabda Rasulullah , "Turunlah dan siapkan makan kita!" kata Abdullah,, "Orang itu pun segera turun, lalu dia menyiapkan makanan dan menyajikannya kepada Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam, dan Baginda langsung minum. Kemudian Baginda bersabda sambil menunjuk dengan tangannya : "Apabila matahari telah terbenam di sana, dan malam telah datang di sini , maka orang puasa sudah boleh berbuka".

(Hadis Muttafaq 'alaihi) 

Maka berpandukan ayat al-Quran dan hadis di atas, jika seseorang itu berpuasa lalu belayar dengan menaiki kapal terbang dan ia sedang berada di udara waktu berbukanya ialah apabila matahari itu hilang dari penglihatannya. Tidak sah puasanya jika ia berbuka selagi matahari ternampak olehnya walaupun negeri dari tempat ia memulakan perjalanan itu sudah tiba saatnya untuk berbuka. 

Sebagaimana yang berlaku bagi mereka yang menuju ke arah Timur, maka waktu siangnya adalah pendek berbanding dengan mereka yang menuju ke arah Barat waktu siangnya adalah panjang. Oleh yang demikian apa yang diambil kira sekarang bagi orang yang berpuasa itu ialah dengan terbenamnya matahari daripada penglihatannya, walau dimana ia berada ketika itu, dan bukan dikira dengan waktu tempatan yang dilaluinya atau waktu negerinya sendiri yang ditinggalkannya. 

Sekiranya puasa sepanjang hari itu menyusahkannya, maka baginya terdapat kelonggaran yang mengharuskannya berbuka, sebaliknya jika tidak menyusahkan dan dia dapat menyempurnakan puasanya itu, maka yang afdhal teruskan dan sempurnakan puasanya itu.

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Hari untuk mengerat kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; 

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit 

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan 

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat 

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit 

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. 

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. 

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. 


wallahuallam

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Surah Al-Ikhlas



Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kep ana san.

Sebelum Masuk Ke Rumah

 Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut.


Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,   seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


 Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.


Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. 
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan 
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


 

…Wallahu a'lam


 



ﻢﻼﺳﻭ


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Hatiku...