Isnin, September 08, 2008

Buat Wanita..yang tidak harus dibuat..

Nabi laknat perempuan nipiskan bulu kening ..


FIRMAN Allah bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31) 



Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59) 


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari) 


Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban) 


Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)


Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari. 


Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Punca Terjadi Resdung

Terdapat beberapa faktor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung. Antaranya yang utama ialah :

1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti "polyps" dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung.

2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

GEJALA DAN KOMPLIKASI PENYAKIT RESDUNG :

Antara tanda awal penyakit resdung adalah hidung kerap tersumbat, bersin dan berhingus terutamanya pada waktu pagi dan berbau busuk. Ada sesetengah pesakit yang mengadu mereka tidak dapat merasakan apa-apa bau sekalipun. Selain itu pesakit resdung juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutamanya ketika tunduk atau sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk.

Apabila seseorang mengidap resdung dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera, radang pada ruang-ruang udara (sinus) ini boleh merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis) . Apabila radang ini merebak ke mata, keadaan ini boleh mengakibatkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan menjadi kabur dan ada kalanya mata menjadi buta.

Di samping itu radang ini boleh merebak ke tekak, ke selaput otak (mengakibatkan meningitis) dan ke otak menyebabkan otak bernanah (intracranial abscess). Malah penyakit resdung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan maut.

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Tips Individu Berjaya

Tips Individu Berjaya

Firman Allah SWT (bermaksud):

[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil..
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga: 
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT. 

Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) . 

Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima: 
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam:
 
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh: 
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 


Kurangkan Lapar & Dahaga (Bila Puasa)

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. 

Mesti sahur. 
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. 

SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. 

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam. 

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Perkara Penting Bila Berpuasa

Masuk sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja. Benda terbabit ialah makanan atau minuman atau apa jua yang tidak dibenarkan. Batal puasa dengan sebab makan dan minum dengan sengaja sudah disepakati ulama kerana Allah berfirman, maksudnya:

“Makanlah dan minumlah hingga nyata bagi kamu benang putih daripada benang hitam dari fajar.” (al-Baqarah: 187)


Dengan ayat ini, beberapa perkara yang ada unsur makan atau minum diqiaskan kepadanya. Namun ada yang disepakati ulama dan ada yang masih di dalam kategori perbezaan pendapat.



Hubungan seksual. Jimak juga disepakati sebagai perkara yang membatalkan puasa. Ini antara lain kerana hadis menerangkan bahawa puasa itu bagi meninggalkan nafsu syahwat. Firman Allah bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa untuk kamu bersama dengan isteri kamu.” (al-Baqarah: 187)

Pada ayat ini juga disebut malam puasa. Maknanya siang puasa tidak bolehlah hendak bergesel-gesel, kerana ditakuti membawa kepada perbuatan membatalkan puasa.



Keluar sesuatu daripada badan iaitu muntah dengan sengaja. Faktor sengaja penting dalam proses membatalkan puasa. Jika sesuatu dilakukan tanpa sengaja seperti terlupa, maka puasa tetap sah. 



Ulama sepakat, perkara yang membatalkan puasa ialah makan dengan sengaja, minum dengan sengaja dan hubungan seks dengan sengaja. Perkara yang lain masih ada sedikit sebanyak perbahasan.



Perkara makruh dilakukan ketika berpuasa:



Keterlaluan berkumur ketika wuduk. Nabi s.a.w sangat suka berkumur ketika wuduk. Namun, perbuatan itu dikurangkan sedikit jika Nabi s.a.w berpuasa.

Bersugi selepas waktu Zuhur. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w maksudnya: “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis ini tiada satu dalil khusus menunjukkan bersugi selepas Zuhur adalah makruh. Cuma, bau mulut berubah pada waktu Zuhur. Oleh kerana bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah, maka wajarlah dikekalkan bau mulut itu.

Berbekam. Ini mungkin kerana berbekam melemahkan orang yang berpuasa. Di samping itu, ada hadis yang menjelaskan berbekam juga boleh membatalkan puasa.

Merasai makanan tanpa hajat. 

Mencium dan memeluk pasangan. 

Cakap banyak tanpa hajat. Ini kerana banyak bercakap mengundang pelbagai kemungkinan, termasuk fitnah dan tersalah cakap. 

Banyak tidur. Tidur keterlaluan akan lari daripada tujuan merehatkan badan, bahkan akan melemahkan kembali tubuh badan. 

Mengumpul banyak air liur dan menelannya

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 

Sabtu, September 06, 2008

Hadiah Dari Sadi & Kak Tirana


Selama tinggalkan blog ni..Sadi ada bagi hadiah yang istimewa...tq Sadi pastu dpt lagi dari kak Tirana tq kak Tirana..terasa diri dihargai...saya ni org baru sgt2 kat sini...seronok dpt kawan...leh dengar cerita dan keluhan...leh tukar idea dan boleh buat saya tergelak sorang2 kat depan komputer...

Kepada semua yang pernah melawat blog saya...ini jualah hadiah yang saya berikan...
terima kasih tidak terhingga kerana merasakan diri ni wujud di alam maya...hehe..
sapelah saya tanpa kengkawan blog yg lain...tq semua mmmuuuhhhhh!!


(¯`v´¯) 
`*.¸.*´ *hUgGiEsS* 
¸ .•´¸.•*¨) ¸.•*¨) 
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨;.* muahh 






Hatiku...